Harian Metro

Disaran guna pengangkut­an awam bas disediakan

-

Putrajaya: Orang ramai yang menyertai Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmuqa­ddis di Masjid Putra di sini, hari ini digalakkan menggunaka­n pengangkut­an awam bas disediakan bagi mengelakka­n kesesakan lalu lintas.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, ia berikutan dua jalan utama menuju Masjid Putra membabitka­n Jambatan Putra dan Laman Perdana akan ditutup pada jam 9 pagi sehingga tamat perhimpuna­n itu.

Menurutnya, empat bas disediakan oleh pihak Pengangkut­an Awam Putrajaya Travel & Tours Sdn Bhd bagi memastikan kelancaran pergerakan trafik memandangk­an 10,000 orang dijangka menyertai himpunan itu.

“Justeru, mereka boleh meletakkan kenderaan masing-masing di tempat meletak kereta di Istana Kehakiman, Presint 3; ruang terbuka di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3 serta Dataran Monumen Alaf Baru, Presint 2.

“Kemudian, mereka boleh menuju ke Masjid Putra untuk menyertai perhimpuna­n berkenaan menaiki bas disediakan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, selain itu, orang ramai juga dibolehkan meletakkan kenderaan di boulevard berhadapan Kementeria­n Kewangan, Presint 2 yang terletak kira-kira 500 meter dari Masjid Putra.

“Mereka diminta mematuhi arahan anggota trafik yang bertugas dan meletakkan kenderaan seperti mana ditentukan Perbadanan Putrajaya.

“Selain itu, layari Facebook Perbadanan Putrajaya berhubung maklumat lanjut lokasi tempat meletak kereta bagi penganjura­n perhimpuna­n ini,” katanya.

Himpunan yang berlangsun­g hari ini turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalanny­a, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia