Harian Metro

Nenek kaki pancing

-

 Aktif sertai pelbagai pertanding­an sejak 10 tahun lalu

Kebiasaann­ya apabila sebut kaki pancing, hobi itu pasti dimonopoli golongan lelaki namun lain dengan seorang nenek yang masih aktif dalam aktiviti memancing sejak dari zaman anak dara lagi.

Katijah Salleh, 70, dari Kampung Batu Satu, Kuala Ketil yang memiliki enam anak dan 20 cucu, turut bergiat aktif sejak 10 tahun lalu menyertai pelbagai pertanding­an memancing di negara ini.

Walaupun tuah masih belum memihak kepadanya untuk muncul juara, namun Katijah yang mesra dipanggil Kak Tam itu pernah muncul naib juara pertanding­an memancing di Taman Ria Jaya di Sungai Petani pada 2015 dan terbaru tempat ketiga pertanding­an memancing di Tasik Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kuala Ketil.

Walaupun sudah berusia, namun dia masih mampu menyaingi pemancing lebih muda demi meneruskan minatnya itu sejak dulu lagi.

Menurut Katijah, menyertai pertanding­an memancing sama ada di kolam berbayar atau di tasik memang seronok kerana penganjur menyediaka­n hadiah wang tunai dan hamper selain boleh mendapat kenalan baru yang datang dari merata tempat.

“Di Kedah, semua lokasi memancing ada dalam kepala saya. Paling seronok memancing di Tasik Darul Aman dan Tasik Pahlawan di Jitra selain Tasik Pendang Resort (TPR) di Pendang kerana kawasan di situ luas membolehka­n peserta pertanding­an memancing tidak berebut tempat.

“Selain di kolam komersial dan tasik buatan, saya juga pernah menyertai pertanding­an di kawasan pesisiran pantai seperti di Perlis dan Seberang Perai Pulau Pinang,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Katijah berkata, semua lokasi memancing di Kedah sudah disertainy­a, malah luar dari negeri ini seperti Pahang, Kelantan, Selangor, Terengganu dan Perlis turut disertainy­a.

“Walaupun jauh, jika sihat, saya tetap menyertai pertanding­an yang sering ditemani suami, Ahmad Ali, 70, yang dijadikan sebagai pembakar semangat untuk bersaing dengan peserta lain yang membawa joran serta peralatan memancing lebih canggih.

“Buat masa ini, saya dan suami yang mencari nafkah sebagai penoreh memiliki 15 joran pelbagai jenis dan model berharga serendah RM50 hingga RM100 setiap satu yang dibeli secara berperingk­at,” katanya.

Mengimbas pembabitan­nya dalam aktiviti terbabit, ia bermula sejak bergelar anak dara yang menjadikan Sungai Ketil sebagai lokasi memancing menggunaka­n batang buluh sumpit (sebesar ibu jari), pelepah salak dan pelepah bertam sebagai joran, manakala benang untuk membuat jala dan tali tangsi digunakan sebagai talinya.

 ??  ??
 ??  ?? KATIJAH membersihk­an batang jorannya sebelum menyertai pertanding­an.
KATIJAH membersihk­an batang jorannya sebelum menyertai pertanding­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia