Harian Metro

Buat lawatan berkala

- Faliq Lajim hmetroshah­alam@hmetro.com.my

 JBPM Selangor susun strategi periksa pusat jagaan warga emas, anak yatim

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor sedang menyusun strategi untuk menjalanka­n pemeriksaa­n menyeluruh ke atas semua pusat jagaan warga emas dan anak yatim di negeri ini bermula Januari depan.

Langkah itu susulan kes kebakaran mengorbank­an empat warga emas dan seorang warden di sebuah rumah banglo dua tingkat yang dijadikan pusat jagaan di Sungai Long, Kajang, 13 Disember lalu.

Pengarah JBPM negeri Azmi Osman berkata, pihaknya sebelum ini sememangny­a melakukan lawatan berkala dan memberi khidmat nasihat sekiranya premis seumpama itu ada masalah.

“Bermula Januari ini, kita akan membuat lawatan dan pemeriksaa­n menyeluruh selain memberi nasihat penambahba­ikkan ke atas pusat jagaan. Kita juga memaklumka­n risiko kebakaran dan kaedah menyelamat­kan diri jika kejadian tidak diingini berlaku.

“Semua Ketua Balai Bomba di Selangor sudah dimaklumka­n dan perlu mengenal pasti premis berkaitan dan berbincang dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya pemeriksaa­n boleh dilaksanak­an,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Malam Mesra Bomba Bersama Media Selangor di Balai Bomba Kota Anggerik di sini, malam kelmarin. Lebih 50 pengamal media daripada pelbagai agensi sama ada media cetak dan elektronik hadir memeriahka­n program itu.

Menurut Azmi, siasatan mengenai kebakaran di Kajang itu masih dijalankan pihaknya terutama mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, empat penghuni dan seorang warga Pakistan yang juga warden pusat jagaan orang tua di Sungai Long maut dalam kebakaran premis yang didiami mereka.

Mangsa yang terbunuh terdiri daripada Leow Chong Fatt, Teo Hoi Foo, Kwan Sak Seen, Lai Sew Ying dan Awis Muhammad, berusia 25 hingga 70 tahun.

Seorang warga emas yang terselamat berusia 70 tahun, dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan lanjut, manakala tiga lagi warden berusia 25 hingga 38 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dalam pada itu, Azmi berkata, pihaknya mengakui amat memerlukan kerjasama media untuk melaporkan berita bencana, misi membantu atau menyelamat dan perkara lain berkaitan tugas bomba.

 ??  ?? AZMI (tengah) bersama media Selangor pada majlis Malam Mesra Bersama Media, malam kelmarin.
AZMI (tengah) bersama media Selangor pada majlis Malam Mesra Bersama Media, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia