Harian Metro

KPDNKK rampas beg tangan tiruan RM60,000 dijual atas talian

-

Kegiatan tiga pemilik premis di Prai di sini, menjual beg tangan tiruan secara atas talian dengan menipu menggunaka­n logo berjenama terbongkar selepas diserbu penguat kuasa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) cawangan Seberang Perai Tengah (SPT), tengah hari semalam.

Dalam serbuan jam 1 tengah hari itu, 600 beg tiruan wanita bernilai RM60,000 dirampas untuk tindakan lanjut.

Ketua Cawangan KPDNKK SPT Abdul Madi Wahab berkata, serbuan selepas mendapat aduan daripada pengguna yang mendakwa tertipu dengan pembelian beg tangan berjenama dari China itu.

“Berdasarka­n siasatan, kita mendapati ada taktik baru digunakan pemilik premis yang menjual barangan atas talian berkenaan untuk mengaut lebih keuntungan terhadap pengguna.

“Selain mengenalpa­sti beg dijual adalah tiruan, pemilik bertindak menipu pengguna dengan menggunaka­n logo berjenama pada beg tangan sama. Contohnya, jika pelanggan mahu jenama berkenaan, dia akan melekatkan logo jenama diminta ke atas beg terbabit, walaupun ia adalah beg sama dan ia modus operandi terkini digunakan penjual untuk menipu pengguna,” katanya.

Abdul Madi berkata, ketika serbuan, hanya pekerja saja berada di dalam premis terbabit, manakala pemilik dikatakan berada di luar negara atas urusan perniagaan.

Beliau berkata, pihaknya menggesa pengguna yang menggunaka­n medium atas talian untuk membeli barangan supaya lebih berhati-hati apatah lagi tidak mengetahui kualiti sebelum membuat belian.

 ??  ?? ABDUL Madi menunjukka­n beg berjenama tiruan yang dirampas.
ABDUL Madi menunjukka­n beg berjenama tiruan yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia