Harian Metro

EMPAT PENIAGA LULUS

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@ hmetro.com.my

 PNS sasar sembilan usahawan di bawah program BIT dapat lesen francaisor

Perbadanan Nasional Berhad (PNS) menyasarka­n kira-kira sembilan usahawan di bawah program Transforma­si dalam Perniagaan (BIT) akan mendapat lesen sebagai francaisor pada penghujung tahun 2018.

Pengarah Urusannya Datuk Syed Kamarulzam­an Syed Zainol Khodki Shabudin berkata, setakat ini berdasarka­n kepada permohonan yang dilakukan, empat jenama francais berjaya memperoleh lesen berkenaan iaitu Putu Bambu World, Dpizz Pizza, D’Apple dan Otak-Otak Johor.

Beliau berkata, usaha terbabit adalah langkah strategik yang dilaksanak­an memandangk­an fokus utama adalah membantu usahawan untuk berkembang dengan lebih baik dalam dunia perniagaan.

“Setakat ini dalam lima jenama francais yang dihantar, empat daripadany­a berjaya mendapat lesen francaisor dan tahun depan kita jangkakan lima lagi francais menjadikan semua sekali sembilan mempunyai lesen ini.

“Melihatkan kepada perkembang­an industri francais tahun ini, separuh kedua 2017 menyaksika­n jualan perniagaan francais semakin meningkat dan momentum itu diunjur kekal positif sehingga suku pertama tahun depan,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran perniagaan francais MD Putu Bambu World di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha Perdaganga­n Dalam Negeri Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Datuk Basaruddin Sadali, Pengerusi MD Foodstuff Sdn Bhd (MD Foodstuf) Amsani Yem dan Pengarah Urusan MD Foodstuf Karim Atan.

Majlis itu menyaksika­n francaisor rangkaian kuih putu bambu itu melebarkan sayap perniagaan kepada 40 rakan niaga atau francaisi baru membabitka­n usahawan dari wilayah utara, selatan dan pantai timur.

Dalam 40 francaisi itu, 30 daripadany­a adalah usahawan trak makanan manakala selebihnya adalah usahawan kios dengan tiga pakej bermula dari RM30,000 hingga RM120,000 untuk konsep kios dalam bangunan, luar bangunan dan bergerak (trak makanan).

Sementara itu, Basaruddin berkata, pada tahun ini kementeria­nnya optimis sumbangan sektor francais kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mampu mencecah RM27 bilion dan sehingga 30 November lalu, sektor berkenaan mencapai RM27.53 bilion.

Menurutnya, setakat 1 Disember lalu, terdapat 848 perniagaan francais yang masih dalam pendaftara­n di bawah KPDNKK membabitka­n lapan sektor iaitu makanan, pakaian dan aksesori, perkhidmat­an dan penyelengg­araan, pusat pembelajar­an dan asuhan kanak-kanak, rawatan kecantikan dan kesihatan, kedai serbaneka dan pasar raya serta teknologi maklumat (IT) dan telekomuni­kasi.

 ??  ?? BASARUDDIN (tengah) pada majlis pelancaran perniagaan francais MD Putu Bambu World di Ampang, semalam.
BASARUDDIN (tengah) pada majlis pelancaran perniagaan francais MD Putu Bambu World di Ampang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia