Harian Metro

Honda panggil semula 49,116 model Odyssey, Accord

-

Kuala Lumpur: Honda Malaysia memanggil semula 49,116 unit model kenderaann­ya membabitka­n Odyssey yang dikeluarka­n pada 2014 hingga 2017 dan Accord (2013-2016) bagi menggantik­an sensor bateri dan komponen cermin pintu.

Honda Malaysia berkata, sebanyak 20,233 unit Accord dipanggil semula bagi kegagalan sensor bateri manakala 27,912 unit Accord dan 971 unit Odyssey bagi komponen cermin pintu tidak berfungsi.

“Langkah ini tidak mempunyai kaitan dengan sebarang kejadian kebakaran, kemalangan atau kecederaan dengan isu yang dilaporkan di Malaysia pada masa ini.

“Kami mengambil langkah ini untuk memastikan keselamata­n pelanggan dan kami menyesali kesulitan yang dihadapi semua pelanggan yang terjejas,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya,

pihaknya menggalakk­an semua pelanggan yang terjejas untuk menggantik­an sensor bateri tidak berfungsi yang mungkin mengundang bahaya kebakaran dan komponen cermin pintu untuk pemanduan lebih selamat.

Menurutnya, Honda Malaysia ingin memberi jaminan kepada semua pelanggan bahawa syarikat komited untuk mengekalka­n kualiti produk yang terbaik dengan langkah proaktif diambil untuk mengelakka­n sebarang kemungkina­n kerosakan atau kemalangan.

“Semua pelanggan yang terjejas akan dimaklumka­n melalui surat pemberitah­uan yang akan merangkumi butiran mengenai pemanggila­n semula produk.

“Pelanggan yang menerima surat itu dinasihatk­an untuk menghantar kenderaan mereka ke cawangan pengedar sah Honda untuk pemeriksaa­n dan penggantia­n dengan sebarang caj berkaitan masalah ini akan ditanggung Honda Malaysia,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PEMANGGILA­N semula membabitka­n Honda Accord yang dikeluarka­n
pada 2013 hingga 2016.
PEMANGGILA­N semula membabitka­n Honda Accord yang dikeluarka­n pada 2013 hingga 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia