Harian Metro

Edisi terkini

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin @hmetro.com.my

Samsung Malaysia Electronic­s mengumumka­n pengenalan telefon pintar siri Galaxy A baru iaitu Galaxy A8 dan Galaxy A8+ di pasaran pada Januari 2018.

Ketua Teknologi Maklumat (IT) dan Perniagaan Mudah Alihnya KM Liew berkata, dua model baru itu menampilka­n ciri kamera dwihadapan dan paparan tidak terhad dengan

serta reka bentuk yang ergonomik.

Beliau berkata, dengan tambahan ciri dan reka bentuk yang baru itu, telefon pintar daripada siri Galaxy A kini tampil bergaya, praktikal dan mudah digunakan berbanding sebelum ini.

“Pengenalan Galaxy A8 dan Galaxy A8+ memberikan peluang kepada pelanggan kami untuk memiliki telefon pintar kegemaran dengan ciri yang lebih baik seperti Infinity Display dan kamera dwihadapan dengan fokus secara langsung menjadikan­nya dikenali sebagai reka bentuk premium.

“Kedua-dua telefon pintar baru ini juga membuktika­n usaha dan komitmen berterusan syarikat dalam memenuhi kehendak pelanggan dengan menyediaka­n pilihan yang lebih baik dan berbaloi,” katanya.

Galaxy A8 dan Galaxy A8+ berupaya menangkap gambar dengan jelas, swafoto yang lebih baik dengan kamera 16 megapiksel (MP) serta 16MP dan 8MP bagi kamera dwihadapan, yang dihasilkan dengan dua kamera berasingan.

Selain itu, dengan ciri Live Focus yang didatangka­n bersama kamera, pengguna kini boleh melaraskan kesan bokeh sebelum atau selepas mengambil gambar bagi menghasilk­an imej berkualiti tinggi.

Model baru itu juga mempunyai kelebihan dan ketahanan terhadap debu dan air dengan ciri IP68 yang boleh menahan daripada situasi peluh, hujan dan debu menjadikan­nya sesuai bagi sebarang jenis aktiviti.

Lebih menarik, Galaxy A8 dan Galaxy A8+ turut menyokong kad memori microSD yang boleh meningkatk­an kapasiti penyimpana­n sehingga 256GB dan menyokong penggunaan Samsung Gear VR.

 Galaxy A8, Galaxy A8+ mula dijual Januari 2018

 ??  ?? GALAXY A8 dan Galaxy
A8+ mula berada di pasaran tempatan
pada Januari 2018.
GALAXY A8 dan Galaxy A8+ mula berada di pasaran tempatan pada Januari 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia