Harian Metro

MADU MATI TERBAKAR

- Agensi

Seorang lelaki bertindak kejam dengan membakar kedua-dua isterinya hidup-hidup kerana mendakwa mereka gagal menjaga ibunya yang tua.

Dalam kejadian di Rajasthan utara India itu, Deepa Ram membawa dua isterinya, Daria Devi, 25, dan Mali Devi, 27, menaiki sebuah kereta pada Rabu lalu.

Ram memujuk kedua-dua isterinya menaiki kereta berkenaan dengan alasan untuk membelikan mereka barang kemas.

Jurucakap polis, Binja Ram berkata, ketika dalam perjalanan suspek bertengkar dengan kedua-dua isterinya sebelum dia berhenti di bahu jalan.

“Seorang isterinya berjaya keluar dari kereta dan cuba mendapatka­n bantuan daripada orang ramai.

“Namun suspek segera menangkap dan memaksa isterinya masuk semula ke dalam kereta dan terus memecut kenderaann­ya,” katanya.

Apabila sampai di satu kawasan terpencil, Ram keluar dan terus mengunci kedua-dua isterinya di dalam kereta.

“Dia kemudian membakar kereta itu dan membiarkan kedua-dua isterinya terbakar,” katanya.

Tambahnya, orang ramai

 Lelaki bakar dua isteri hidup-hidup kerana tidak jaga ibu

yang melihat kejadian itu cuba membantu mangsa tetapi gagal kerana api merebak dengan cepat.

Menurutnya, tidak lama selepas kejadian suspek menyerah diri kepada polis dan mengaku dia sengaja membunuh kedua-dua isterinya.

“Lelaki itu memberitah­u dia membakar kedua-dua isterinya kerana kecewa selepas mereka tidak menjaga ibunya dengan baik,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia