Harian Metro

Rentung dalam sauna

- AFP

 29 maut dalam kebakaran di sebuah pusat kecergasan di Jecheon

Sekurang-kurangnya 29 orang maut dan 26 lagi cedera dalam kebakaran sebuah bangunan lapan tingkat yang menempatka­n pusat kecergasan dan sauna di bandar Jecheon semalam, kata pegawai.

Kebakaran bermula pada jam 4 petang (waktu tempatan) di tempat letak kereta di tingkat satu sebelum merebak ke seluruh bangunan, menyebabka­n ramai terperangk­ap.

“Seramai 20 mangsa ditemui di ruangan sauna dan selebihnya di kawasan lain di bangunan itu,” kata jurucakap bomba.

Rakaman televisyen menunjukka­n bangunan hampir musnah dijilat api dengan asap hitam berkepul-kepul naik ke udara.

Beberapa orang dipercayai waris mangsa yang terperangk­ap dilihat menangis menunggu berita mengenai ahli keluarga mereka daripada bomba.

Jurucakap bomba memberitah­u, jumlah mangsa yang terkorban mungkin meningkat apabila anggota bomba memeriksa keseluruha­n bangunan.

“Api cepat menghasilk­an asap bertoksik yang tebal menyebabka­n ramai mangsa gagal menyelamat­kan diri,” kata jurucakap itu.

Jecheon antara lokasi pelanconga­n popular di Korea Selatan yang terletak kira-kira 120 kilometer dari tenggara Seoul.

Presiden Korea Selatan, Moon Jae-In melahirkan rasa kekesalan dengan tragedi itu dan menggesa pegawai meningkatk­an usaha mencari mangsa yang hilang.

Dia juga mahu siasatan terperinci bagi mencari punca kebakaran itu dilakukan.

 ??  ?? ANGGOTA bomba berusaha memadam kebakaran di sebuah bangunan di Jecheon, Korea Selatan yang menyebabka­n sekurang-kurangnya 29 mangsa maut. - EPA
ANGGOTA bomba berusaha memadam kebakaran di sebuah bangunan di Jecheon, Korea Selatan yang menyebabka­n sekurang-kurangnya 29 mangsa maut. - EPA
 ??  ?? SEORANG lelaki menunggu berita mengenai ahli keluargany­a yang terperangk­ap dalam bangunan yang terbakar. - Reuters
SEORANG lelaki menunggu berita mengenai ahli keluargany­a yang terperangk­ap dalam bangunan yang terbakar. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia