Harian Metro

Lihat mangsa terpelanti­ng

- Agensi

Seramai 19 orang cedera termasuk dua kritikal selepas sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) merempuh pejalan kaki di kawasan membeli-belah yang sibuk di tengah bandar ini semalam.

SUV jenis Suzuki itu merempuh sekumpulan pejalan kaki di Flinders Street pada jam 4.41 petang (waktu tempatan).

Polis berkata, 19 mangsa cedera dalam kejadian itu termasuk dua yang berada dalam keadaan kritikal.

Seorang lelaki berusia 32 tahun yang memandu kereta itu ditangkap dan dikawal ketat polis ketika dirawat di hospital akibat cedera pada bahu dan tangan.

Pihak berkuasa percaya lelaki itu sengaja merempuh orang ramai tetapi enggan memberitah­u sama ada kejadian itu mempunyai kaitan dengan pengganas atau tidak.

“Pada peringkat ini kami percaya perbuatan itu disengajak­an tetapi kami belum mengetahui motif suspek berbuat demikian,” kata polis Victoria.

Beberapa imej menunjukka­n lelaki itu yang berjanggut dan memakai baju putih ditarik keluar dari kenderaan dan ditahan polis.

Seorang wanita memberitah­u, dia melihat kenderaan itu merempuh orang ramai yang berada di bahu jalan.

“Saya mendengar bunyi ‘thump’, ‘thump’ dan orang ramai bertempiar­an melarikan diri.

“Saya melihat beberapa orang terpelanti­ng ke udara akibat dirempuh kereta itu,” katanya.

 19 cedera selepas SUV rempuh pejalan kaki di Melbourne

Beberapa saksi juga melihat, beberapa mangsa terbaring dan dibantu orang ramai sementara menunggu pasukan paramedik.

 ??  ?? SEORANG lelaki dipercayai pemandu kenderaan itu ditangkap polis. - Reuters
SEORANG lelaki dipercayai pemandu kenderaan itu ditangkap polis. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia