Harian Metro

‘PILIH PEJUANG’

- Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my

itu, berkata tiada guna menyenarai­kan pemain yang hanya sekadar mahu menempatka­n diri dalam pasukan tetapi apabila diturunkan gagal memberikan tentangan sengit kepada pihak lawan.

“Kalau setakat mahu disenaraik­an dalam pasukan sahaja, lebih baik jurulatih tidak perlu pilih. Ini kejohanan besar dan sebab itu, jurulatih perlu membuat penilaian menyeluruh sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Saya bukan mahu campur tangan dalam urusan pemilihan pemain, tetapi sebagai pemain paling senior, sudah pasti saya mahu melihat semua pemain menunjukka­n semangat juang tinggi apabila berdepan pihak lawan. “Menang atau kalah perkara kedua kerana yang paling penting adalah tunjukkan kita sebagai pejuang tidak mudah kalah. Tidak semestinya pemain yang mempunyai ranking yang baik mempunyai semangat juang tinggi, adakalanya sebaliknya yang berlaku,” kata Chong Wei.

Kejohanan di Alor Setar itu juga akan menjadi pusingan kelayakan bagi kempen Piala Thomas 2018 yang akan berlangsun­g di Bangkok, Thailand, Mei tahun depan.

Mengulas lanjut, Chong Wei yang juga pemain nombor dua dunia, berkata pasukan yang akan dibentuk kali ini dijangka menjadi tonggak untuk masa depan dengan rata-ratanya dibarisi pemain muda khususnya membabitka­n acara perseorang­an lelaki.

“Kecuali saya, pemain perseorang­an lelaki yang lain hampir pasti pemain muda. Kalau berdasarka­n ranking, Lee Zii Jia adalah pemain perseorang­an kedua terbaik Malaysia.

“Selebihnya biarlah jurulatih yang buat keputusan. Saya fikir ada baik juga pemain muda diketengah­kan kerana ia akan memberi pendedahan kepada mereka,” kata Chong Wei yang ketika ini bercuti dan hanya kembali menjalani latihan, awal tahun depan.

 Chong Wei akui pemain miliki semangat melawan saja perlu disenaraik­an hadapi Kejohanan Berpasukan Asia

 ?? Lee Chong Wei ?? Saya bukan mahu campur tangan dalam urusan pemilihan pemain, tetapi sebagai pemain paling senior, sudah pasti saya mahu melihat semua pemain menunjukka­n semangat juang tinggi apabila berdepan pihak lawan”
Lee Chong Wei Saya bukan mahu campur tangan dalam urusan pemilihan pemain, tetapi sebagai pemain paling senior, sudah pasti saya mahu melihat semua pemain menunjukka­n semangat juang tinggi apabila berdepan pihak lawan”
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia