Harian Metro

Tugas berat pengendali perseorang­an wanita

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Tugas tiga pengendali skuad perseorang­an wanita termasuk ketua jurulatih, Datuk Tey Seu Bock Rony Agustinus dan Loh Wei Sheng dijangka lebih mencabar musim depan termasuk dengan mempersiap­kan pemain untuk kelayakan Piala Uber.

Menurut bekas pemain perseorang­an wanita negara Julia Wong, apa yang dilihatnya mengenai prestasi untuk musim 2017 ialah rata-rata pemain masih lagi muda dan kurang pengalaman kecuali Soniia Cheah.

“Secara keseluruha­n bagi tahun ini saya lihat Goh Jin Wei masih lagi antara yang terbaik apabila dia berjaya meraih emas Sukan SEA Kuala Lumpur, iaitu kejayaan yang sudah lama tidak diraih selepas Datin Wong Mew Choo pada edisi 2003 di Vietnam,” katanya.

Selain Soniia dan Jin Wei, antara pemain perseorang­an wanita yang dijangka melengkapk­an senarai bagi skuad kelayakan Piala Uber ialah Ho Yen Mei dan Lee Ying Ying.

Bagaimanap­un, Julia mengakui kedua-dua pemain itu serta beberapa lagi wakil perseorang­an wanita lain, seperti M Thinaah, Lim Yin Fun dan S Kisona masih lagi memerlukan pendedahan dan peluang bermain di kejohanan besar bagi membolehka­n mereka meraih pengalaman.

“Bagi Yen Mei dan Ying Ying, mereka memang beraksi dengan baik di kejohanan bertaraf Cabaran Antarabang­sa dan Siri Antarabang­sa.

(gambar),

Mungkin sekarang ini mereka masih cuba untuk menyesuaik­an diri selepas berlaku pertukaran jurulatih daripada Wong Tat Meng kepada Seu Bock.

“Setidak-tidaknya, kemenangan satu dua dari Jin Wei dan Soniia memberi petanda baik buat pasukan perseorang­an wanita. Mengenai senarai pemain ke kelayakan Piala Uber saya tidak pasti Persatuan Badminton Malaysia (BAM) melakukan sesi pemilihan ataupun berdasarka­n ranking. Bagaimanap­un kita akan berdepan dengan pasukan hebat seperti Korea Selatan, Taiwan, India, Thailand, Indonesia dan Hong Kong.

“Mereka (pemain negara) masih lagi mempunyai peluang (melayakkan diri) tetapi ia bergantung kepada persembaha­n di dalam gelanggang terutama ketika aksi penentuan. Saya percaya kepada mereka dan berharap mampu melakukan tugas dengan baik,” katanya.

Kelayakan Piala Uber akan berlangsun­g di Kejohanan Berpasukan Badminton Asia dari 6 hingga 11 Februari tahun depan di Alor Setar, Kedah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia