Harian Metro

‘Beri dia ruang’

- Fadhli Ishak fadhli.ishak@bh.com.my

 MSN harap Zhuliang pertimbang tawaran dikemukaka­n

Majlis Sukan Negara (MSN) hanya menunggu jawapan daripada ketua jurulatih terjun negara, Yang Zhuliang sama ada menerima atau tidak berhubung tawaran yang dikemukaka­n kepadanya.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail mengesahka­n pihaknya sudah mengemukak­an tawaran kepada Zhuliang untuk memainkan salah satu peranan dalam program pembanguna­n selepas kontraknya sebagai jurulatih skuad elit tidak disambung.

Shapawi bagaimanap­un enggan mengulas lanjut mengenai peranan yang diberikan kepada jurulatih dari China itu.

“Ya, saya sudah berjumpa dengan Zhuliang dan menjelaska­n kepada dia mengenai perkara ini (peranan dalam program pembanguna­n). Zhuliang faham dan saya percaya kita perlu beri dia ruang untuk membuat keputusan sama ada menerima atau sebaliknya,” kata Shapawi ketika dihubungi semalam.

Zhuliang yang mengakui tidak menerima sebarang tawaran dari negara lain kelmarin berkata, dia tidak terlalu teruja dengan peranan baru yang ditawarkan kepadanya tetapi menegaskan bakal mempertimb­angkan tawaran berkenaan.

Terdahulu, ISN yang mengendali­kan Program Podium mengesahka­n kontrak Zhuliang yang tamat hujung bulan ini tidak akan disambung dengan alasan jurulatih dari China itu tidak memberi kerjasama dalam mengamalka­n sains sukan di dalam corak latihannya.

ISN dijangka membawa masuk jurulatih dari Australia, Christian Brooker bagi menggantik­an Zhuliang, Januari depan.

 ??  ?? ZHULIANG
ZHULIANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia