Harian Metro

Kalendar 2018 Zaqhwan padat

- Sukhairi Thani sukhairi@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kalendar musim 2018 bakal menjadi padat buat pelumba negara, Zaqhwan Zaidi apabila dijadual menyertai tiga kejuaraan utama dengan yang terbaru Kejuaraan Seluruh Jepun.

Saingan baru pelumba negara itu secara tidak langsung bakal menambahka­n lagi jadual musim perlumbaan buat dirinya tatkala dia turut beraksi di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) dan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia.

Namun, fokus utama Zaqhwan kini terarah kepada perlumbaan dalam kelas JSB1000 di Kejuaraan Seluruh Jepun kerana ia bakal catat sejarah selaku pelumba pertama negara yang beraksi sepenuh musim di negara matahari terbit itu.

“Tahun depan ada tambahan lagi iaitu di Seluruh Jepun,” kata bekas pelumba Moto2 itu yang bakal bersama pasukan Honda Team Asia di Jepun nanti. “Saya akan beraksi dalam kelas JSB1000 yang menggunaka­n jentera 1,000cc.

“Jadual (perlumbaan) akan menjadi padat dan ada pertindiha­n jadual (antara kejuaraan disertai), namun fokus utama kami kini kepada saingan dalam kelas JSB1000.

“Sekiranya ada pertindiha­n jadual dengan ARRC ataupun Cub Prix, kami akan mengutamak­an JSB1000 sebab matlamat kami kini kepada perlumbaan di sana.”

Zaqhwan terlepas gelaran juara disandangn­ya di tangan Azlan Shah Kamaruzama­n dalam saingan SuperSport­s ARRC 2017 dan hanya menduduki tangga ke-11 dalam perlumbaan kelas 150cc, Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS. Mengulas mengenai prestasiny­a tahun ini, pelumba berusia 22 tahun itu berkata: “Musim ini lebih mencabar daripada tahun lalu kerana tahun ini perebutan gelaran keseluruha­n di Asia sengit,” katanya.

 ??  ?? ZAQHWAN ketika menyertai pusingan akhir PETRONAS Cub Prix.
ZAQHWAN ketika menyertai pusingan akhir PETRONAS Cub Prix.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia