Harian Metro

OLAK bawa cabaran baru Divisyen 1 MHL

- Naqib Nor Said naqib@bh.com.my

Kuala Lumpur: Selepas 23 tahun mewarnai saingan Liga Hoki Remaja Malaysia (MJHL), Old La Sallians Asociation of Klang (Olak) mahukan cabaran baru apabila bakal bersaing dalam Divisyen 1 Liga Hoki Malaysia (MHL) 2018.

Pendatang baru itu bagaimanap­un merendah diri apabila sekadar menyasarka­n penyertaan sulung itu lebih kepada pentas menimba pengalaman.

Pengurus Olak, Joseph de Silva, berkata skuadnya kali ini akan dibarisi majoriti pemain berusia di bawah 18 tahun dan ia antara perancanga­n awalnya bagi menghadapi saingan MJHL musim depan.

“Sebenarnya, pasukan Olak ini lebih sinonim dengan MJHL kerana sejak 1995 beraksi dalam saingan peringkat remaja itu.

“Namun, mulai tahun depan kami memutuskan mengambil bahagian dalam MHL dan akan menyenarai­kan 70 peratus pemain muda bagi menggalas cabaran. Idea saya ini lebih kepada persiapan menghadapi MJHL.

“Justeru, saya tidak meletakkan sebarang sasaran kerana kami hanya pasukan muda berbanding beberapa lawan yang menggunaka­n tenaga import dari Australia dan Pakistan,” katanya semalam.

Saingan Divisyen 1 musim depan membabitka­n 13 pasukan dengan ia terbahagi kepada Kumpulan A dan B.

Olak diletakkan dalam Kumpulan B bersama RMAF Rajawali, MBI, Selangor Hockey Team, SSBJ, UiTM dan Kedah Hockey Team yang dulunya dikenali sebagai Nur Insafi.

Kumpulan A pula menyaksika­n persaingan antara MBPJ Tigers, Sukma Penang, Remaja Pahang, MSNT-PHT, Politeknik-KPT dan SSTMI.

Olak bukanlah nama asing dalam arena hoki tempatan apabila pernah menjadi ‘kilang’ dalam melahirkan pemain negara antaranya Muhamad Amin Rahim

Roslan Jamaluddin, Redzuan Ponirin dan Madzli Ikhmar.

Malah, pasukan dari Klang itu kuasa besar dalam pertanding­an peringkat remaja apabila pernah memenangi gelaran hatrik MJHL iaitu dari 1997 hingga 1999.

(gambar),

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia