Harian Metro

Libasan Pulau Mutiara

- Syed Ismail Syed Abu Bakar sukan@hmetro.com.my

Kontinjen Pulau Pinang unggul selepas dinobatkan juara Kejohanan Lagenda Sepaktakra­w Malaysia 2017 selepas mengenepik­an saingan terdekat Selangor 2-0 pada aksi final yang berlangsun­g di Alor Star Parade, Kedah, baru-baru ini.

Skuad Pulau Mutiara dibarisi Saladin Rahim, Hamir Khan Abdullah, Shahizan Nordin, Al Faisal Kader Batcha, Zaini Hassan, Azhar Azmi, Shukor Omar, Shaari Zakariah, Rozaini, Jamal Ariffin, Sirajuddin Ibrahim, Tajuddin Abd Jabbar, Idris Mahmud dan Kholidisha­m Shamsudin menerima piala pusingan, piala iringan, pingat dan hadiah sumbangan penaja.

Selangor yang sekadar berpuas hati dengan gelaran naib juara pula menerima piala iringan, pingat dan hadiah sumbangan penaja yang disampaika­n Naib Pengerusi II Kelab Sepaktakra­w Lagenda Malaysia Abdul Malik Shamsudin.

Lebih manis lagi apabila skuad kendalian Yaacob Dali itu turut merangkul hadiah apit kanan terbaik dimenangi Saladin, tekong terbaik Hamir Khan manakala Dian Dzulkarnai­n mewakli Selangor pula meraih gelaran apit kiri terbaik.

Setiausaha Kehormat Kelab Lagenda Sepaktakra­w Pulau Pinang Mahadzer Mokhtar berkata, kejohanan kali ini disertai lebih 100 pemain mewakili enam negeri termasuk Kedah, Selangor, Johor, Pulau Pinang, Terengganu dan Perak.

“Kejohanan ini hanya boleh disertai bekas pemain yang pernah mewakili pasukan di peringkat negeri dan negara bagi membangun serta mempromosi­kan permainan sepaktakra­w khususnya dalam kalangan pemain pelapis muda.

“Pada masa sama, kita mahu mengeratka­n hubungan silaturahi­m antara pemain yang pernah mewakili negeri masing-masing dalam kejohanan pernah mereka sertai satu ketika dahulu,” katanya.

Beliau berkata, Kelab Lagenda Pulau Pinang turut bercadang merangka aktiviti

 Pasukan Pulau Pinang ungguli Kejohanan Lagenda Sepaktakra­w

sukan lebih baik tahun depan menerusi pertanding­an bakal dianjurkan untuk disertai pemain membabitka­n pelbagai lapisan umur.

Beliau berkata, pihaknya kagum apabila ternyata bekas pemain bertaraf lagenda itu masih berbisa dan mampu menyerlah menerusi aksi dipamerkan pada kejohanan itu.

 ??  ?? KONTINJEN Pulau Pinang bergambar bersama trofi Kejohanan Lagenda Sepaktakra­w Malaysia 2017, baru-baru ini.
KONTINJEN Pulau Pinang bergambar bersama trofi Kejohanan Lagenda Sepaktakra­w Malaysia 2017, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia