Harian Metro

Mr AWT Classic tawar RM60,000

- Ahmad Rabiul Zulkifli sukan@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Kejohanan Mr AWT Classic yang akan dianjurkan pada Ahad ini bakal menjadi kejohanan bina badan terbesar pernah dipertandi­ngkan di negeri ini dengan menyediaka­n hadiah keseluruha­n bernilai RM60,000.

Kejohanan pertama yang dianjurkan di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus itu akan mempertand­ingkan lapan kategori termasuk ‘Men Muscle’, Bina Badan Atas dan Bawah 75 kilogram dan kategori badan cantik iaitu Badan Cantik Atas dan Bawah 170 sentimeter (sm), Bakat Baru Badan Cantik Atas dan Bawah 170sm dan Badan Cantik.

Pengerusi Kejohanan Mazlisham Abdullah berkata, kejohanan anjuran AWT Seven Group dengan kerjasama Majlis Sukan Negara, Persekutua­n Bina Badan Malaysia dan Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Terengganu (PBBABT) itu adalah kejohanan terbesar pernah dianjurkan di Pantai Timur.

“Bagi kategori bina badan, ia dipecahkan kepada tiga kategori iaitu ‘Men Muscle’, Bina Badan Atas dan Bawah 75 kilogram (kg) manakala bagi kategori badan cantik ia dipecahkan kepada lima kategori iaitu Badan Cantik Atas dan Bawah 170 sentimeter (sm), Bakat Baru Badan Cantik Atas dan Bawah 170 cm dan Badan Cantik Tertutup Terengganu.

“Selain itu, beberapa acara selingan turut diadakan pada tarikh kejohanan itu antaranya ‘bench press’, ‘squat’ dan ‘deadlift’,” katanya ketika ditemui pada sidang media di sini, kelmarin.

Turut hadir, Naib Presiden PBBABT Mohd Hamrullah Mohd Nur dan Ketua Pegawai Eksekutif Power Mania Nutrition Mohd Nakir Shayuki.

Mazlisham berkata, pihaknya menyasarka­n lebih 300 peserta dari seluruh negeri akan mengambil bahagian dalam kejohanan itu.

“Sehingga kini, lebih 100 peserta mengesahka­n penyertaan melalui laman web yang disediakan,” katanya.

 ??  ?? PENGANJUR bersama kain rentang Kejohanan Mr AWT Classic.
PENGANJUR bersama kain rentang Kejohanan Mr AWT Classic.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia