Harian Metro

MENANG NASIB...

- AFP

London

 Mourinho akur Red Devils tewas namun puji semangat luar biasa pemain Bristol

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho menegaskan, faktor nasib jelas mengiringi Bristol City ketika anak buahnya tewas mengejut 1-2 di tangan pasukan Liga Kejuaraan itu sekali gus gagal ke separuh akhir Piala Liga.

Bagaimanap­un, pengendali dari Portugal itu tetap memuji persembaha­n luar biasa pemain Bristol sepanjang aksi suku akhir yang berlangsun­g di hasil kemenangan

2-1 di laman sendiri, semalam.

Kejayaan menundukka­n kelab terkaya dunia dan juara bertahan itu menyaksika­n Bristol City akan beraksi di separuh akhir dengan halangan berikutnya adalah Manchester City. Aksi yang berlangsun­g di Stadium Ashton Gate itu.

“Mereka bermain dengan cemerlang. pemain tuan rumah berjuang sepanjang aksi seperti ia perlawanan terakhir buat mereka,” kata bekas pengurus Chelsea itu.

“Hari yang indah untuk bola sepak. Satu pasukan dari bahagian bawah memenangi satu hari yang besar untuk mereka.”

United yang kini berada di tangga kedua saingan Liga Perdana Inggeris tampil dengan skuad terbaik apabila mempertaru­hkan gandingan tiga penyerang bertaraf bintang iaitu Marcus Rashford, Zlatan Ibrahimovi­c dan Anthony Martial ketika berkunjung ke Bristol City itu.

Paul Pogba yang sebelum ini digantung tiga aksi turut disenaraik­an Mourinho namun tuan rumah terlebih dulu memimpin aksi menerusi ledakan Joe Bryan pada minit kata Smith yang menjaringk­an gol kemenangan tuan rumah dalam masa kecederaan. ke-51.

Gol pembukaan itu nyata mengejutka­n United yang kembali memperkema­skan aksi dengan Ibrahimovi­c menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian.

Terdesak memburu gol tambahan, Mourinho memasukkan Romelu Lukaku dan mengeluark­an Daley Blind dengan Henrikh Mkhitaryan menggantik­an Ibrahimivo­c bagi menambah sengat di jentera hadapan.

Skuad bimbangan Lee Johnson dilihat tenang menyerap asakan pelawat dan hasilnya tuan rumah berjaya menambah gol kedua di penghujung saingan menerusi sentuhan Korey Smith.

“Pada babak pertama, kami beraksi sambil lewa dengan penguasaan banyak memihak Bristol yang tampil mantap dari segi mental dan fizikal,” katanya.

“Kami bermain dengan cemerlang sepanjang musim ini. Saya cuba memberikan yang terbaik dalam aksi ini dan gol kemenangan itu hadiah buat penyokong kami.

“Saya gembira untuk berada di sini dan menjadi sebahagian daripada sejarah kelab. Apapun, kami beraksi cukup sempurna malam ini dan juga sepanjang musim ini.” - AFP London: Pengurus Chelsea Antonio Conte memuji kesungguha­n pemainnya selepas pasukannya berjaya meraih kemenangan 2-1 ke atas Bournemout­h pada aksi suku akhir Piala Liga semalam.

Chelsea mendahului jaringan menerusi Willian tetapi pemain tengah Bournemout­h Dan Gosling menyamakan kedudukan untuk seri 1-1 pada minit ke-90.

Pasukan tuan rumah beroleh kemenangan menerusi jaringan Alvaro Morata kurang seminit kemudian dan Conte teruja apabila Chelsea mara ke separuh akhir di mana mereka akan bertemu pencabar dari London Arsenal.

“Perkara paling penting adalah kami berada di separuh akhir,” kata Conte selepas perlawanan itu. “Kemaraan ke separuh akhir dalam satu daripada dua piala di England sesuatu yang cukup memuaskan hati kami terutamany­a hasil penggilira­n pemain yang kerap.

“Saya mendapat respons yang baik daripada pemain saya dan berharap dapat meneruskan­nya. Ramai pemain mendapat peluang bermain malam ini sejak awal permainan dan saya fikir, saya menerima respons yang baik.

“Bukan sesuatu yang mudah apabila anda bolos gol pada minit terakhir permainan, jadi apabila mendapat reaksi seperti ini menunjukka­n karakter, personalit­i dan semangat yang bagus.”

Chelsea yang juga juara bertahan, kini di tangga ketiga liga akan berkunjung ke Everton malam esok. - Reuters

 ?? Korey Smith ?? Saya cuba memberikan yang terbaik dalam aksi ini dan gol kemenangan itu hadiah buat penyokong kami. Saya gembira untuk berada di sini dan menjadi sebahagian daripada sejarah kelab. Apapun, kami beraksi cukup sempurna dan juga sepanjang musim ini”
Korey Smith Saya cuba memberikan yang terbaik dalam aksi ini dan gol kemenangan itu hadiah buat penyokong kami. Saya gembira untuk berada di sini dan menjadi sebahagian daripada sejarah kelab. Apapun, kami beraksi cukup sempurna dan juga sepanjang musim ini”
 ??  ?? PEMAIN Chelsea meraikan gol Morata (kiri).
PEMAIN Chelsea meraikan gol Morata (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia