Harian Metro

Gunners ujian sebenar Reds: Klopp

-

London: Sejak kebelakang­an ini, Liverpool berjaya bertahan dengan baik, namun ia bakal berdepan ujian sebenar apabila dijadualka­n bertemu Arsenal, hujung minggu ini, kata pengurusny­a, Juergen Klopp.

Awal musim ini, kelab Merseyside itu dikritik susulan aksi buruk ketika bertahan terutamany­a selepas tewas 0-5 kepada Manchester City dan 1-4 di tangan Tottenham Hotspur.

Sejak tewas kepada Spurs, pasukan Liverpool bertambah baik, apabila hanya melepaskan empat gol dalam sembilan perlawanan namun tetap memberi amaran kepada pemainnya.

“Sekali pun tidak meraih peluang, kami kena betul-betul bersedia terutamany­a ketika bertahan,” kata Klopp.

“Ini adalah Arsenal... kamu memiliki kumpulan yang berbakat dan mereka juga mampu mencipta peluang. Semua pemain perlu berada di bahagian tertentu. Mereka pasukan yang serba lengkap dan mampu melakukan apa saja.

“Hanya empat (bolos) dalam sembilan perlawanan terakhir cukup bagus namun semuanya sudah berlalu. Kami kena bersedia untuk menghadapi cabaran berbeza.”

Pemain pertahanan, Joel Matip kembali menyertai latihan selepas pulih daripada kecederaan paha, namun belum bersedia untuk aksi dengan Arsenal manakala Daniel Sturridge masih belum pasti dapat diturunkan.

Alex Oxlade-Chamberlai­n

akan kembali ke Stadium Emirates buat kali pertama sejak berhijrah ke Liverpool ketika pemain tengah itu memberikan keyakinan buat Klopp ketika membantu pasukan menang 4-0 ke atas Bournemout­h. - Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia