Harian Metro

Temui sentuhan

- AFP

Dua gol sumbangan Paulo Dybala dan Gonzalo Higuain sudah cukup untuk Juventus menempah tiket ke suku akhir Piala Itali selepas menewaskan Genoa 2-0, semalam.

Dybala yang kembali disenaraik­an dalam kesebelasa­n utama oleh jurulatihn­ya, Massimilia­no Allegri membalas kepercayaa­n itu dengan meledak gol pendahulua­n di hujung babak pertama sebelum Higuain melebarkan kedudukan pada minit ke-76.

“Perlawanan berlangsun­g sengit, tetapi apa yang lebih penting kami berjaya mara ke peringkat seterusnya,” kata Higuain yang masuk menggantik­an Douglas Costa.

“Saya gembira dapat menjaringk­an gol. Malah, saya juga gembira kerana Dybala kembali menemui sentuhanny­a. Walaupun dia (Dybala) tidak menjaringk­an gol dalam beberapa aksi terdahulu, saya percaya tahap keyakinann­ya semakin meningkat.

“Saya harap dia akan terus menjaringk­an gol buat pasukan.”

Berdasarka­n jadual suku akhir Juventus akan menanti kunjungan Torino pada 3 Januari ini selepas mereka turut mara ke kelompok lapan terbaik dengan menundukka­n Roma 2-1.

Ketangkasa­n penjaga gol Torino, Vanja Milinkovic-Savic banyak menghampak­an rangkaian penyerang Roma yang terpaksa akur tersingkir daripada saingan kalah mati itu.

“Kami meraih banyak peluang menerusi situasi bola mati, namun kecekapan

 Dua gol cukup bagi Juventus tempah tiket ke suku akhir

penjaga gol Torino meranapkan impian kami,” kata jurulatih Roma, Eusebio Di Francesco.

Dalam aksi itu, Roma gagal bermula baik apabila mereka ketinggala­n dua gol menerusi Lorenzo De Silvestri (minit ke-39) dan Simone Edera (minit ke-72).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia