Harian Metro

Mara ke peringkat lapan terbaik

-

Berlin: Pasukan Bayern Munich menepati ramalan untuk mara ke peringkat lapan terbaik saingan Piala Jerman musim ini apabila menewaskan Borussia Dortmund 2-1, semalam.

Turun selaku pasukan pilihan menyaksika­n juara bertahan Bundesliga itu mendahului menerusi tandukan tonggak pertahanan, Jerome Boateng pada minit ke-12 sambil Thomas Mueller mencetak nama selaku penjaring kedua minit ke-40.

Rentak sempurna itu bagaimanap­un gagal diteruskan pada separuh masa kedua apabila Dortmund mula bangkit memperkema­skan aksi dan berjaya merapatkan kedudukan kepada 2-1 hasil jaringan Andriy Yarmolenko di minit ke-77.

Gol itu nyata menaikkan semangat pemain Dortmund yang terus memberi tekanan untuk memburu gol penyamaan, namun keampuhan benteng pertahanan Bayern menyaksika­n keputusan itu kekal hingga tamat perlawanan.

“Kami berhak menang walaupun diberi tekanan hebat oleh jentera serangan pelawat dalam 30 minit terakhir,” kata jurulatih Bayern, Jupp Heynckes kepada wartawan.

“Penyerang kami gagal berfungsi dengan baik khususnya di babak pertama apabila banyak mensia-siakan peluang untuk meraih lebih banyak gol.

“Sudah tentu ia suatu kerugian dengan Dortmund cuba bangkit. Saya harap kelemahan itu dapat diatasi dalam aksi berikutnya.”

Ketika ini Bayern berada di puncak Bundesliga dengan mengumpul 41 mata daripada 17 aksi selain turut mara ke fasa kalah mati saingan Liga Juara-Juara Eropah.

“Perjalanan kami masih jauh,” tambah Heynckes yang memimpin kelab itu muncul juara treble pada 2013 lalu. - Reuters

 ??  ?? PEMAIN Bayern Munich meraikan kejayaan atasi Dortmund.
PEMAIN Bayern Munich meraikan kejayaan atasi Dortmund.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia