Harian Metro

Remezey kembali ke pangkuan Tok Gajah

- Asrol Awang sukan@hmetro.com.my

Kuantan: Selepas lapan musim berkelana, penjaga gol berpengala­man, Remezey Che Ros akhirnya kembali ke pangkuan Pahang bagi mengharung­i saingan Liga Malaysia (liga M) musim depan.

Pemain berusia 35 tahun itu berkata, keputusan untuk bersama semula skuad Tok Gajah itu selepas sekian lama meninggalk­annya, diharap membantu mengembali­kan prestasi pasukan berkenaan.

Katanya, tawaran pasukan Pahang sememangny­a dinantikan selepas berkelana selama lapan musim bersama pasukan negeri dan kelab.

“Saya harap dengan kembali saya ke Pahang ini, ia bukan saja dapat membantu meraih kejayaan, malah meningkatk­an kembali prestasi diri sendiri.

“Sudah pasti saya akan berusaha untuk memikat hati jurulatih untuk dipilih selaku penjaga gol utama seperti dipersemba­hkan dulu.

“Tapi segala keputusan terpulang kepada jurulatih dalam menilai pemain yang terbaik untuk mengawal gawang skuad Tok Gajah musim depan,” katanya di sini,

(gambar)

semalam.

Remezey berkata, pengalaman beraksi bersama beberapa pasukan sebelum ini diharap akan dapat memberi lebih keyakinan untuk dirinya tampil dengan tangkas dan yakin.

Sejak menjalani latihan di sini, mulai kelmarin, dia kini berusaha untuk meningkatk­an lagi prestasi terutama dari segi kecergasan dan kepantasan.

“Saya percaya dengan sokongan daripada rakan sepasukan, persembaha­n lebih meyakinkan dapat dipersemba­hkan,” katanya.

Remezey pernah menyarung jersi skuad Tok Gajah dari 2005 hingga 2009 sebelum beraksi bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Shahzan Muda, PKNS FC, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia