Harian Metro

Selagi ada kudrat Umum pemain import dalam masa terdekat

- Rizar Mohd Noor rizar@mediaprima.com.my Izzali Ismail sukan@hmetro.com.my

ho

beri sumbangan kepada JDT harungi Liga M

Usia bukan penghalang buat pemain import Johor Darul Ta’zim (JDT), Luciano Figueroa untuk terus memberi sumbangan kepada pasukan itu bagi mengharung­i kempen Liga Malaysia (Liga M) pada musim depan.

Sinonim dengan panggilan Lucho dalam kalangan rakan sepasukan, dia yang kini berusia 36 tahun tampak masih gagah menjalani latihan di bawah kendalian Ulisses Morais termasuk mampu menyerap latihan keras sejak tiga hari lalu.

Bagi Figueroa untuk menjadi pemain yang sentiasa berada dalam keadaan fizikal mantap seharusnya perlu ada disiplin terhadap diri sendiri dan bersedia berlatih dengan latihan agresif bagi meningkatk­an kecergasan dan kekuatan mental.

“Apa ada pada usia jika keringat masih bertenaga kerana usia adalah sekadar nombor Alor Setar: Pemain kelahiran Sepanyol, Brazil, Croatia, Indonesia dan Filipina antara calon yang bakal mengisi tiga lagi kuota pemain import pasukan Kedah untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Identiti sebenar mereka terbabit dijangka diumumkan oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dalam tempoh terdekat ini.

Mengesahka­n perkembang­an itu, pengendali Kedah, Ramon Marcote berkata, beliau sedang melakukan penelitian senarai calon bagi memastikan skuad Helang Merah memilih pemain import yang disasarkan mengikut saja. Jika ada kesungguha­n dan disiplin tinggi tidak mustahil untuk beraksi dalam kancah Liga M dan menyumbang untuk pasukan.

“Sepanjang saya bercuti di Argentina sebelum kembali berlatih bersama JDT, saya sendiri membuat latihan di bawah kendalian jurulatih fizikal untuk memantapka­n kecergasan.

“Dan ia berhasil apabila tidak berdepan masalah untuk menyambung latihan sebaik tiba ke Johor Bahru.

“Kita tahu JDT mempunyai falsafah tersendiri iaitu sentiasa konsisten dan memberi persembaha­n berkualiti tidak kira semasa latihan dan perlawanan sebenar dan itu yang menjadi pegangan saya bagi membantu pasukan mengecapi kejayaan dalam saingan musim depan,” katanya.

Figueroa yang teruja kerana bakal berganding­an semula dengan Jorge Pereyra Diaz menjanjika­n aksi terbaik bagi memastikan skuad Harimau Selatan berada di landasan tepat mempertaha­nkan kejuaraan pada musim depan. perancanga­n.

Sehubungan itu, dia merayu penyokong Kedah bersabar dalam menanti kehadiran tiga pemain import yang bakal melengkapk­an barisan pemain musim depan itu.

“Saya memohon maaf kerana tak dapat mendedahka­n calon pilihan yang terdapat dalam senarai pilihan ini. Namun saya yakin kita akan dapat melengkapk­an proses pemilihan ini dengan secepat mungkin.

“Jika semuanya berjalan lancar, kita jangkakan dapat melihat skuad Kedah termasuk semua import bersama pasukan pada hujung bulan nanti,” katanya, di sini, semalam.

Kedah yang sudah mengekalka­n dua pemain importnya di posisi tengah iaitu pemain Brazil, Sandro Da Silva dan pemain dari Kosovo, Liridon Krasniqi kini dalam proses mengisi tiga lagi calon untuk kategori antarabang­sa, Asia dan ASEAN.

Sebelum ini, Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Datuk Aminuddin Omar menyatakan terdapat lapan nama diserahkan oleh Marcote untuk tujuan pengisian kuota import.

Marcote diberi ruang membuat pemilihan pemain import untuk musim hadapan seperti dimaklumka­n oleh Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pada 12 Disember lalu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia