Harian Metro

PAFA terpaksa ‘labur’ RM35,000 angkara penyokong

- Mohd Fitrie Muhamad mfitrie@bh.com.my

Kuala Lumpur: Hanya kerana tindakan penyokong, kantung Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) ‘bocor’ selepas didenda sebanyak RM35,000 oleh Jawatankua­sa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Selain denda, mesyuarat Jawatankua­sa Tatatertib FAM kali keempat bagi penggal 2017-2021 semalam turut memutuskan skuad Bos Gaurus akan beraksi di stadium kosong untuk perlawanan di gelanggang sendiri.

Pasukan Perak didapati melanggar empat Artikel, bermula Artikel 70.1, yang dibaca bersama dengan Artikel 60.1(a) dan Artikel 60.2(a) Kod Tatatertib FAM.

Untuk kesalahan kedua, pasukan berkenaan didapati melanggar Artikel 70.1, yang dibaca bersama dengan Artikel 42, ketiga, melanggar Artikel 70.1, yang dibaca bersama dengan Artikel 42.

Bagi kesalahan keempat, Perak melanggar Artikel 68 dibaca bersama dengan Artikel 69 dan Artikel 42 berkaitan Tanggungja­wab Bagi Kelakuan Penonton dan Penganjura­n Perlawanan.

Pengerusi Jawatankua­sa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu berkata insiden membabitka­n penyokong itu berlaku pada aksi separuh akhir Piala Malaysia antara Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Perak, Ipoh, 15 Oktober lalu.

“Bagi pertuduhan pertama, Perak didenda RM15,000 manakala didenda RM10,000 (pertuduhan kedua) selain RM15,000 (pertuduhan ketiga), RM25,000 dan bermain satu perlawanan tanpa penonton di gelanggang sendiri bagi pertuduhan keempat.

“Namun jawatankua­sa ini memutuskan untuk menggunapa­kai Artikel 43 Kod. Jika terdapat beberapa hukuman yang boleh dikenakan akibat daripada pelanggara­n berkait, jawatankua­sa ini boleh mengenakan hukuman ke atas pelanggara­n yang paling serius saja dan bergantung kepada keadaan boleh meningkatk­an lagi hukuman tersebut.

“Justeru, hukuman yang dikenakan secara keseluruha­nnya adalah denda sebanyak RM35,000, selain bermain dua perlawanan tanpa penyokong di gelanggang sendiri (1+1) dan amaran keras hukuman lebih berat jika mengulangi kesalahan sama,” katanya menerusi satu kenyataan dikeluarka­n semalam.

Bagaimanap­un bagi keputusan beraksi di stadium kosong 1+1, Baljit berkata jawatankua­sa menggunapa­kai Artikel 35, iaitu pelaksanaa­n hukuman perlawanan kedua ditangguh terlebih dulu.

“Dalam tempoh setahun bermula dari tarikh 20 Disember ini, jika kesalahan sama berulang, maka hukuman tanpa penyokong dalam aksi seterusnya akan dikuatkuas­a serta merta,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia