Harian Metro

AFC tidak masuk campur keputusan FAM: Windsor

-

Kuala Lumpur: Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) menegaskan pihaknya tidak boleh campur tangan di sebalik keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melarang Pahang daripada memohon Lesen Kelab AFC selama dua tahun.

Setiausaha Agungnya, Datuk Windsor Paul John berkata, pihaknya tidak boleh mencampuri segala isu dalaman membabitka­n FAM dengan keputusan yang diambil itu dibuat mengikut Peraturan Disiplin badan induk berkenaan.

“Keputusan itu sudah pasti dibuat mengikut prosedur dalaman FAM. Jadi, AFC tidak boleh mengeluark­an sebarang kenyataan mengenai hukuman yang diputuskan itu.

“Pada masa sama, AFC juga tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas Pahang yang sudah menyatakan pendirian mereka untuk tidak mahu menyertai saingan Piala AFC 2018.

“Sama ada hukuman itu sebagai pengajaran, ia terpulang kepada FAM untuk menentukan prinsip mereka di sebalik hukuman yang sudah diputuskan itu,” katanya dan 2019 sekali gus menyaksika­n skuad Tok Gajah tidak akan mewakili negara ke Liga Juara-Juara Asia 2019 dan 2020 meskipun menjuarai Piala FA dan Liga Super.

Bagaimanap­un, Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu kenyataan di laman Facebook badan induk itu meminta PBNP mengemukak­an rayuan dengan alasan hukuman yang dikenakan ke atas Pahang terlalu lama. ketika dihubungi, semalam.

Terdahulu, kedegilan Pahang yang enggan menerima tawaran FAM untuk mengisi satu lagi slot pasukan ke saingan Piala AFC 2018 akhirnya membawa padah apabila skuad Tok Gajah tidak dibenarkan memohon Lesen Kelab AFC selama dua tahun.

Hukuman itu diputuskan Jawatankua­sa Tatatertib FAM yang menyaksika­n skuad Tok Gajah tidak akan mewakili negara ke Liga Juara-Juara Asia 2019 dan 2020 meskipun menjuarai Piala FA dan Liga Super.

Pahang didapati melanggar Artikel 14 Statut FAM kerana ingkar arahan badan induk itu selepas enggan atau gagal mendaftark­an pasukan ke pertanding­an Piala AFC musim depan.

Mengikut peruntukka­n statut FAM, Artikel 14 Status FAM - obligasi ahli menuntut pasukan mematuhi sepenuhnya statut, peraturan, arahan dan keputusan Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA), AFC dan FAM pada setiap masa.

 ?? FOTO: IHSAN PAHANG FA ?? PEMAIN Pahang berlatih di Padang Taman Gelora.
FOTO: IHSAN PAHANG FA PEMAIN Pahang berlatih di Padang Taman Gelora.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia