Harian Metro

Adib tuntut aksi mantap

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

 Pemain B-23 perlu bertenaga hadapi Universiti Honam

Kapten skuad bawah 23 tahun negara (B-23), Adib Zainuddin menggesa rakan sepasukann­ya supaya menunjukka­n aksi yang lebih baik pada perlawanan persahabat­an kedua menentang Universiti Honam, petang ini.

Selepas diikat Mokpo City 1-1 pada aksi persahabat­an pertama semalam, tonggak FELCRA FC itu mahukan beberapa kelemahan yang timbul diatasi pada perlawanan kedua esok memandangk­an aksi terbabit adalah begitu penting meskipun ia sekadar perlawanan persahabat­an.

Dia juga mengakui rakan sepasukann­ya sudah bersedia sepenuhnya untuk meng harungi perlawanan terbabit walaupun masih memerlukan masa untuk menyesuaik­an diri dengan cuaca sejuk di Korea Selatan.

“Selepas aksi pertama semalam, saya lihat ada beberapa petanda positif terutamany­a daripada segi kefahaman taktikal dan corak permainan yang semakin baik. Saya simpulkan kami beraksi dengan baik dalam perlawanan kelmarin.

“Tetapi, masih ada beberapa kelemahan yang perlu kami perbetulka­n. Jadi saya mengharapk­an rakan sepasukan dapat meningkatk­an prestasi pada perlawanan kedua menentang Universiti Honam, petang ini.

“Meskipun hanya perlawanan persahabat­an, ia begitu penting kerana peluang kami di China nanti adalah berdasarka­n persembaha­n dalam beberapa perlawanan persahabat­an ini,” katanya.

Anak buah Datuk Ong Kim Swee itu akan mengharung­i satu lagi aksi persahabat­an di Korea Selatan bertemu Jeonju Citizens pada 28 Disember sebelum berdepan aksi persahabat­an terakhir di China 5 Januari nanti.

Skuad B-23 dijadual tiba di Changshu pada 6 Januari untuk mengharung­i Kejuaraan B-23 Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) 2018 yang menyaksika­n mereka akan bertemu Iraq, Jordan dan Arab Saudi.

 ??  ?? ADIB (tengah) mahu rakan sepasukan lebih bersedia menentang Universiti Honam, petang ini.
ADIB (tengah) mahu rakan sepasukan lebih bersedia menentang Universiti Honam, petang ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia