Harian Metro

Baddrol paling layak kapten Kedah

- Rodly Fadly sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Khairul Helmi Johari mencadangk­an pemain tengah Harimau Malaya, Baddrol Bakhtiar

sebagai calon paling layak mengetuai Kedah selepas dia mengambil keputusan melepaskan jawatan kapten pasukan itu, baru-baru ini.

Katanya, selain seorang pemain senior dan berpengala­man termasuk bersama pasukan kebangsaan, Bad drol mempunyai daya kepemimpin­an tinggi serta dihormati pemain.

“Saya tidak nampak calon lain yang lebih layak daripada Bad (Baddrol) kerana berdasarka­n senioriti’, dia sudah pun bersama pasukan Kedah sejak tahun 2005 lagi.

“Dia turut memiliki pengalaman luas di peringkat antarabang­sa bersama pasukan kebangsaan termasuk pernah mengetuai skuad negara menjuarai Sukan SEA pada 2011.

“Malah, sebagai pemain senior Bad juga sangat dihormati serta disenangi oleh setiap pemain Kedah di samping memiliki sifat kepemimpin­an.

“Saya sudah mencadangk­an nama Bad kepada jurulatih, Ramon Marcote apabila berbincang mengenai hal itu baru-baru ini. Terserah kepada beliau (Marcote) untuk membuat keputusan,” kata pemain yang lebih mesra dengan panggilan Keon itu.

Mengenai keputusann­ya melepaskan tugas kapten, Khairul yang memakai lilitan lengan sejak musim 2014 menjelaska­n, tiada tekanan dia berbuat begitu sebaliknya ia bertujuan memberi peluang kepada pemain lebih muda memimpin pasukan.

(gambar)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia