Harian Metro

Safawi tak risau ‘ancaman’ 5 pencabar dalam skuad B-23

-

Kuala Lumpur: Penyerang skuad Bawah 23 tahun negara (B-23), Safawi Rasid

tidak melihat lima pencabar bagi merebut tempat selaku penggempur utama pasukan itu sebagai satu ancaman terhadap dirinya.

Sebaliknya, penyerang muda Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menyifatka­n kehadiran rakan sepasukan terbabit mewujudkan persaingan sihat sekali gus dapat ‘memaksa’ dirinya untuk memberikan yang terbaik bagi memastikan tempatnya dalam pasukan terjamin.

“Semua penyerang memiliki kelebihan masing-masing tambahan pula dengan kemasukan pemain skuad Bawah 19 tahun (B-19) seperti

(gambar)

Hadi Fayyadh dan Akhyar Rashid sekali gus menjadikan persaingan merebut tempat menjadi lebih mencabar.

“Saya melihat situasi ini daripada sudut positif kerana ia membuatkan saya menjadi lebih bersemanga­t memberikan persembaha­n yang lebih baik pada sesi latihan dan beberapa perlawanan persahabat­an diharungi nanti,” katanya.

Selain Hadi dan Akhyar, anak kelahiran Dungun itu perlu bersaing dengan tiga lagi penyerang iaitu Jafri Firdaus Chew, N Thanabalan dan R Kogileswar­an yang menyaksika­n salah seorang daripada mereka berkemungk­inan digugurkan sebelum ke Kejuaraan B-23 Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) 2018 di China, bulan depan.

Dalam masa sama, Pemain Muda Harapan Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2016 (ABK2016) itu turut melihat saingan di pentas tertinggi benua Asia itu sebagai medan terbaik memperagak­an prestasi terbaiknya.

“Kejuaraan B-23 AFC 2018 adalah satu pentas besar dan saya teruja apabila kami berjaya sampai sehingga ke tahap itu. Mungkin inilah peluang terbaik unuk menunjukka­n bakat sebenar kepada penyokong bola sepak tempatan.

“Tiada sasaran peribadi yang diletakkan kerana bola sepak sukan yang memerlukan semangat berpasukan. Jadi, kita perlu sentiasa kekal dengan semangat berpasukan supaya dapat meraih kejayaan pada kejohanan itu nanti,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia