Harian Metro

SITI BELUM TERIMA TAWARAN

- DARI MUKA 1

Berita kehamilan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza antara yang dinanti banyak pihak terutama stesen TV yang ingin mendapatka­n hak penyiaran eksklusif.

Bagaimanap­un, Siti, 38, mengakui dia belum mendapat sebarang tawaran daripada mana-mana stesen TV untuk menerbitka­n program realiti membabitka­n diri dan anak yang dijangka dilahirkan pada Mac tahun depan.

“Saya tak ada sebarang perancanga­n dan tak terfikir pun ke arah itu. Namun, sekiranya ada, saya perlu bincang dengan suami kerana ia membabitka­n anak kami. Kalau nak cakap sejauh mana penerimaan suami okey atau tidak dalam perkara ini, kami tak pernah berbincang mengenainy­a.

“Sekarang usia kandungan sudah enam bulan. Kebiasaann­ya kalau program realiti sebegini ia mengambil masa terutama dari segi konsep dan isi kandungan,” katanya.

Siti masih dapat tawaran

jayakan persembaha­n korporat dan makan malam

Namun, Siti yang popular menerusi lagu Segala Perasaan berkongsi dia mendapat tawaran daripada pihak yang ingin menaja barangan keperluan bayi.

“Memang ada pihak ingin menaja, tetapi saya belum beri kata putus. Sekiranya, okey saya anggap ini adalah rezeki anak. Dalam perkara ini, suami sebenarnya sangat teliti. Kalau boleh, dia tak nak main ambil saja.

“Pada masa sama, saya berterima kasih kepada semua peminat yang memberikan hadiah. Disebabkan banyak, saya letak dalam satu bilik khas. Saya pula merancang untuk buat persiapan membeli barangan bayi pada usia kandungan tujuh bulan,” katanya.

Siti juga berkongsi, sehingga sekarang dia masih mendapat tawaran menjayakan persembaha­n korporat dan makan malam.

Namun, Siti menolak cara baik kerana ingin fokus kepada kehamilan itu selain tidak mahu memudaratk­an kesihatan.

“Kalau nak tahu, empat bulan pertama kehamilan saya berasa tak selesa sehingga ‘mood’ nak menyanyi pun tak ada. Saya berasa cepat penat dan asyik loya saja. Apabila sudah masuk lima bulan, baru saya okey dan boleh menyanyi.

“Itu yang saya boleh menyanyi pada majlis pernikahan Adib dan Izara serta menjayakan persembaha­n bersama CEO syarikat. Pada masa sama, tawaran menyanyi masih ada, tetapi setakat ini semua saya tak ambil.

“Walaupun mereka sekadar nak dua dan tiga lagu saja, saya menolak cara baik. Kalau boleh saya nak fokus kepada kehamilan ini. Saya tak nak ambil sebarang risiko,” katanya.

Namun, bagi mengubat kerinduan peminat, Siti bakal menjayakan konsert di Malaysia, Indonesia dan Singapura.

“Alhamdulil­lah, saya mendapat tawaran mengadakan konsert di Indonesia dan Singapura. Insya-Allah, jika segala perbincang­an berjalan lancar konsert ini bakal diadakan tahun hadapan iaitu selepas bersalin.

“Bagi peminat di sini pula, sebuah konsert muzikal bakal diadakan pada hujung tahun hadapan. Bagaimanap­un, semuanya masih dalam proses. Begitu juga dengan produk baru saya, ia bakal dilancarka­n selepas bersalin nanti,” katanya.

CTDK-ATION PENUH DRAMA

Dalam perkembang­an lain,

Siti bakal muncul dalam program percutian CTDK-Ation yang mula bersiaran pada 29 Disember ini di saluran Astro Ria dan Ria

HD.

Program yang mengambil masa 20 hari di tiga negara iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sepanyol dan Portugal itu membabitka­n percutian Siti dan suami bersama 24 ahli keluarga Datuk Seri Khalid.

Menariknya, program itu menyaksian Siti bersama keluarga mengunjung­i lokasi percutian menarik selain menjejaki tinggalan sejarah Islam.

“Ini satu pengalaman baru untuk kami sekeluarga. Seronok dapat pendedahan sebegini apatah lagi ia membabitka­n ahli keluarga. Tidak dinafikan, banyak ‘drama’ berlaku yang ia turut dipaparkan dalam program ini.

“Apa yang bakal disaksikan nanti semuanya berlaku secara semula jadi tanpa dirancang atau lakonan. Kalau ada yang disunting pun, ia hanya dua peratus. Saya nak pastikan perkara sensitif tidak ditayangka­n. Namun, perkara ini masih tidak menjejaska­n isi kandungan program.

“Saya nak penonton menikmati percutian kami dan mengenali lebih dekat keluarga besar suami. Pada masa sama, saya nak tekankan sejarah peninggala­n Islam di Eropah. Kiranya, ia bukan percutian untuk berseronok saja,” katanya. -Sudirman Mohd Tahir

 ??  ??
 ??  ?? Walaupun mereka sekadar nak dua dan tiga lagu saja, saya menolak cara baik. Kalau boleh saya nak fokus kepada kehamilan ini SEBAHAGIAN ahli keluarga Siti yang terbabit dalam
program CTDK-Ation
Walaupun mereka sekadar nak dua dan tiga lagu saja, saya menolak cara baik. Kalau boleh saya nak fokus kepada kehamilan ini SEBAHAGIAN ahli keluarga Siti yang terbabit dalam program CTDK-Ation
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia