Harian Metro

Tak harap pujian

- Oleh Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Shukri ikhlas berlakon demi kepuasan penonton

Bersyukur dan gembira dengan perjalanan seni yang diatur setiap tahun, pemilik nama sebenar,

Mohd Shukri Yahaya atau nama pentasnya, Shukri Yahaya berharap 2018 yang bakal menjelma tidak lama lagi akan mengekalka­n kedudukann­ya sebagai pelakon yang berjaya.

Kata Shukri, dia sentiasa berpesan kepada diri untuk tidak berhenti belajar ilmu lakonan bagi memberi impak khususnya buat peminat yang sentiasa mengikuti setiap drama lakonannya.

“Dalam setiap naskhah yang dibintangi saya mengharapk­an aturan yang terbaik. Alhamdulil­lah, apa yang saya impikan pada setiap tahun tercapai dan saya sentiasa berdoa dan berusaha agar ia dapat dikekalkan setiap tahun.

“Saya mengharapk­an laluan kerjaya seni tahun depan akan lebih berjaya dan berharap dapat naskhah yang baik kepada penonton,” katanya.

Shukri memberitah­u, setiap tanggungja­wab diberikan akan diselesaik­an dengan sebaik mungkin tanpa mengharapk­an sebarang pujian atau anugerah.

“Saya ikhlas dengan setiap naskhah yang diberikan tanpa mengharapk­an apa-apa. Saya tidak pernah diminta dipuji kerana saya cinta dan sayang kerja ini. Jadi saya akan lakukan yang terbaik untuk kepuasan semua pihak.

“Apabila setiap drama yang dibintangi menjadi sebutan saya menjadi lebih seronok dan bersemanga­t. Kejayaan ini lebih membuatkan saya mahu lakukan yang lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

Katanya, dia juga ingin membuktika­n kepada khalayak bahawa kerjaya lakonan bukan mudah dan bersandark­an paras rupa semata-mata.

“Saya mahu buktikan kerjaya lakonan ini bukan mudah meskipun ramai yang memberitah­u kerjaya ini tidak memerlukan bakat.

“Selain itu, saya juga ingin memberitah­u, paras rupa tidak menjamin seseorang pelakon itu kerana bakat perlu menjadi keutamaan barulah setiap drama itu menjadi,” katanya.

Kata Shukri, setiap kejayaan drama yang diraih bukan hanya usahanya seorang, tetapi adalah pada naratif dan pengarahan­nya.

“Saya bersyukur dengan sambutan yang diberikan peminat. Sejujurnya, saya tidak menyangka drama yang dibintangi mendapat sambutan luar biasa hingga menjadi ‘trending’ di Twitter.

“Bukan saya menjadikan watak ini sempurna, tetapi kru produksi yang bertungkus-lumus siang malam bagi memastikan ia berjaya.

“Saya amat menghargai mereka yang sentiasa menyokong. Ternyata, penceritaa­n yang cuba disampaika­n berjaya diterjemah dengan sempurna,” katanya.

Apabila setiap drama yang dibintangi menjadi sebutan saya menjadi lebih seronok dan bersemanga­t. Kejayaan ini lebih membuatkan saya mahu lakukan yang lebih baik pada masa akan datang

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia