Harian Metro

‘Skrip penuh keajaiban’

-

Hasil kerja pelajar tahun akhir Bahagian Drama & Teater Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia (USM) yang ditampilka­n dalam teater Jangan Bunuh SAM amat membanggak­an dan mendapat pujian ramai.

Teater genre komedi yang dipentaska­n dengan kerjasama Sekretaria­t Drama & Teater USM di Pelinggam Cahaya, Pusat Pengajian Seni, USM baru-baru ini menarik kehadiran ramai peminat.

Jangan Bunuh SAM karya Zakaria Ariffin diarahkan Muhammad Amirul Abdul Safar, manakala Roslan Chin bertindak selaku penasihat.

Barisan pelakon pula terdiri daripada Shahdan, Haziq Mansor, Khalid, Sullong Faris, Hafiz Zakaria, Aisyah Khairruddi­n, Noor Rafizal, Wan Nuriza dan Apek.

Kru produksi pula ialah Abra, Eyka, Ecah, Nik, Amar, Shahira, Ain, Jef, Suthan, Daryn, EE Jin dan Juju.

Amirul berkata, pementasan kali pertama Jangan Bunuh Sam pernah dibuat pada Disember

2015 dan ini kali kedua dia mengarahka­n naskhah ini.

“Bagi saya, skrip teater ini adalah skrip yang penuh keajaiban dalam pementasan. Ia sebuah skrip yang dimainkan dalam bentuk komedi tragik, mempunyai keenakan dan kepuasan buat pelakon, tenaga produksi dan penonton.

“Selain itu, Jangan Bunuh SAM ialah sebuah skrip yang memberi pelbagai tanggapan dan misterinya yang tersendiri, mampu buat penonton ketawa, menangis dan teruja dalam masa sama,” katanya.

Amirul yang juga pelajar tahun akhir Drama & Teater Pusat Pengajian Seni USM mengakui memperoleh keseronoka­n mementaska­n sebuah skrip yang mempunyai pelbagai elemen dan struktur yang memberi kepuasan kepada dirinya sendiri.

Roslan pula sebagai penasihat memuji tenaga produksi dalam pementasan ini. Bagaimanap­un, ia boleh dimantapka­n lagi dari segi idea, struktur persembaha­n dan penyelidik­an yang perlu dibuat oleh pelajar.

Penonton yang hadir pula secara keseluruha­nnya meminta agar momentum sebegini dikekalkan jika teater Jangan Bunuh SAM dipentaska­n lagi pada masa depan.

Pementasan Jangan Bunuh SAM buat penonton ketawa, sedih

dan teruja dalam masa

sama

 ??  ??
 ??  ?? BABAK menarik dalam teater ini.
BABAK menarik dalam teater ini.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia