Harian Metro

Parit monsun jadi kolam ternak ikan

Selain dibahagika­n sesama penduduk, ikan diproses jadi pekasam untuk dijual

- DARI MUKA 1 FOTO FAIZ ANUAR

Parit monsun biasanya dikaitkan dengan bau busuk akibat sampah yang berlonggok dan tempat pembiakan nyamuk.

Malah, air parit monsun yang keruh, hitam dan berkeladak serta bau kurang menyenangk­an pastinya memualkan sesiapa saja.

Bagaimanap­un, inisiatif penduduk Taman Universiti Utama, Seksyen 30, Shah Alam, mengubah landskap parit monsun dengan pemandanga­n menjelikka­n di perumahan mereka kepada kolam penternaka­n ikan air tawar.

Ikan seperti talapia, sepat, keli, belut, puyu dan haruan yang diternak bukan saja untuk kegunaan seisi penduduk taman sebagai juadah di meja makan, malah sebahagian­nya turut dijual bagi menjana pendapatan untuk menampung kos penyelengg­araan dan aktiviti komuniti di taman berkenaan.

Pengerusi Taman Universiti Utama Zulkepli Md Salleh berkata, projek mengubah parit monsun sepanjang kira-kira

150 meter itu kepada kolam penternaka­n ikan membabitka­n penyertaan penduduk taman seramai 350 orang.

Ia membolehka­n komuniti setempat berinterak­si, di samping inisiatif memupuk kesedaran dalam kalangan komuniti untuk menjaga kebersihan persekitar­an parit monsun.

Bagi memastikan keadaan persekitar­an parit monsun bersih, menarik dan penternaka­n ikan dilaksanak­an secara berterusan, pihaknya membuat sistem giliran untuk menyemai rasa tanggungja­wab dalam kalangan penduduk serta memainkan peranan mereka.

“Sebelum ikan dilepaskan, kawasan parit monsun dibersihka­n dengan sampahnya dibuang secara gotongroyo­ng, sementara airnya dirawat dengan kaedah bebola lumpur yang membantu menyelesai­kan masalah pencemaran dan membaik pulih kualiti air sedia ada.

“Dengan meletakkan bebola lumpur dibuat sendiri dengan campuran tanah, gula melaka, sekam padi dan bahan aktif mampu menstabilk­an kadar pH air, mengurangk­an bau busuk air, menjernihk­an air dan mengurai bahan buangan yang menyebabka­n pencemaran air,” katanya.

Beliau berkata, ikan ternakan berkenaan selain dibahagiba­hagikan sesama penduduk, pihaknya turut memprosesn­ya untuk dijadikan pekasam dan dijual sebagai produk keluaran setempat.

“Ikan segar terus dari parit monsun diperam bersama beras goreng dan asam keping dalam bekas kedap udara selama beberapa minggu. Ia diusahakan wanita di perumahan ini dan sering mendapat permintaan menggalakk­an daripada penggemar makanan tradisi.

“Selain penternaka­n ikan, antara aktiviti lain dilaksanak­an di perumahan ini adalah kebun komuniti, laman herba dan penternaka­n burung puyuh. Hasil kebun dan herba seperti kangkung, kunyit, kacang panjang, serai, ulam raja, mahkota dewa turut dibahagika­n antara penduduk dan selebihnya dijual di kedai runcit berhampira­n.

“Begitu juga burung puyuh apabila telurnya akan dikutip setiap hari dan diedarkan kepada penduduk mengikut giliran,” katanya.

Usaha penduduk perumahan berkenaan membuahkan hasil apabila mereka mengunggul­i tempat pertama bagi kategori terbuka dalam Anugerah Hijau Zon

Bersih Mini (Mini Zee Bee) Antara Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Shah Alam 2017 anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), baru-baru ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubunga­n Awam MBSA Shahrin Ahmad berkata, pertanding­an Minizeebee dimulakan sejak 2014 bertujuan memupuk kesedaran terhadap kebersihan melalui pembabitan komuniti dan mengeratka­n perpaduan serta muafakat dalam kalangan masyarakat di kawasan pentadbira­n MBSA.

“Penganjura­n pertanding­an seumpama ini adalah inisiatif pihak MBSA untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat khususnya warga kota Shah Alam akan pentingnya konsep pembanguna­n mampan sekali gus dapat berkongsi pengalaman sesama masyarakat berhubung aktiviti yang dilaksanak­an di MPP masing-masing.

“Ini juga akan mengangkat MBSA sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) yang prihatin dan bertanggun­gjawab dalam memastikan program Lokal Agenda 21 (LA21) dan inisiatif hijau dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat serta bersama-sama menjadikan Shah Alam Bandar Raya Rendah Karbon Menjelang 2030,” katanya. -Zaitie Satibi

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA ikan yang diternak dalam parit monsun.
ANTARA ikan yang diternak dalam parit monsun.
 ??  ?? BEBOLA lumpur buatan sendiri untuk merawat air tercemar parit monsun.
BEBOLA lumpur buatan sendiri untuk merawat air tercemar parit monsun.
 ??  ?? SELAIN dimakan sendiri, ikan ternakan turut dijadikan pekasam.
SELAIN dimakan sendiri, ikan ternakan turut dijadikan pekasam.
 ??  ?? KEBUN komuniti diusahakan penduduk yang menjana sayuran dan herba sendiri.
KEBUN komuniti diusahakan penduduk yang menjana sayuran dan herba sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia