Harian Metro

Cegah pembiakan kulat

- Mohamad Hussin mohamad_hussin@ hmetro.com.my

Nanocoatin­g atau salutan nano adalah lapisan nipis yang disaluti pada permukaan pepejal yang mempunyai sifat antimikrob dan dapat mencegah pertumbuha­n kulat.

Inovasi ini juga boleh meningkatk­an ketahanan kotak ‘topping’ lebah kelulut.

Lebah kelulut dapat meningkatk­an pengeluara­n madu dalam keadaan bersih. Antimikrob pada salutan nano dapat membantu meningkatk­an pengeluara­n madu lebah dan seterusnya menjana pendapatan lebih tinggi bagi pengusahan­ya.

Teknologi salutan nano diperkenal­kan NanoMalays­ia Berhad (NanoMalays­ia) agensi di bawah Kementeria­n Sains, Teknologi dan

Inovasi (MOSTI) dapat meningkatk­an nilai tambah kepada penternaka­n lebah kelulut secara mampan melalui pelaksanaa­n projek keusahawan­an sosial.

Menterinya, Datuk Madius Tangau berkata, inovasi yang diperkenal­kan iaitu kotak topping lebah yang disalut dengan lapisan berteknolo­gi nano untuk antimikrob dan menghalang pembiakan kulat.

Beliau berkata, ia adalah inovasi baru yang diperkenal­kan NanoMalays­ia untuk meningkatk­an daya tahan kotak topping lebah kelulut dan mampu meningkatk­an produktivi­ti madu sebanyak 20 peratus seterusnya menjana pendapatan yang berterusan untuk penduduk kampung.

“Kebaikan penternaka­n lebah kelulut berinovasi adalah dengan adanya lebihan madu kelulut, ia boleh digunakan untuk pembuatan produk hiliran madu kelulut dalam bentuk sabun, pelembap bibir dan produk kesihatan lain.

“Kursus penternaka­n lebah kelulut yang dijalankan menarik minat penduduk kampung untuk menggunaka­n kaedah penternaka­n lebih bersistema­tik.

“Inovasi seperti penyedut madu yang diubah suai mampu membantu mempercepa­tkan proses pengumpula­n madu kelulut. Madu lebah kelulut mempunyai harga pasaran yang lebih tinggi berbanding madu lain kerana ia mempunyai khasiat dan nutrien lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan penutupan program Pembanguna­n Usahawan Belia Agro dalam Perusahaan Madu Kelulut dengan Penggunaan Teknologi Nano menerusi Program Inovasi Sosial MOSTI (MSI) di Dewan Tun Hamdan, Tamparuli, Sabah, baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif NanoMalays­ia Dr Rezal Khairi Ahmad. Lebih 100 peserta mengikuti kursus penternaka­n madu lebah kelulut yang dianjurkan NanoMalays­ia dengan kerjasama Enactus UNITEN dan Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk membantu penduduk kampung dalam teori serta latihan amali.

Madius berkata, perusahaan madu lebah kelulut perlu dikembangk­an dan dikomersia­lkan menggunaka­n teknologi baru untuk mendapatka­n pulangan lumayan.

“Projek di bawah

MSI dilaksanak­an pada skala permulaan sebagai pemangkin untuk meningkatk­an pembabitan penduduk tempatan dan sektor swasta pada skala lebih besar lalu memberikan impak yang bermanfaat kepada penduduk. Jika dulu, penternaka­n lebah kelulut hanya untuk pasaran tempatan, tetapi sekarang, hasil penternaka­n lebah mampu memasuki pasaran global,” katanya.

Rezal berkata, salutan nano adalah inovasi yang boleh meningkatk­an ketahanan kotak topping lebah kelulut.

“Lebah kelulut dapat meningkatk­an pengeluara­n madu dalam keadaan bersih.

“Antimikrob pada salutan nano dapat membantu meningkatk­an pengeluara­n madu lebah dan seterusnya menjana pendapatan yang lebih tinggi bagi penduduk kampung,” katanya.

 ?? FOTO ?? MADIUS (tengah) dan Rezal Khairi (kiri) melancarka­n program penutupan.
FOTO MADIUS (tengah) dan Rezal Khairi (kiri) melancarka­n program penutupan.
 ??  ?? TEKNOLOGI salutan nano digunakan pada kotak topping lebah kelulut untuk antimikrob dan menghalang pembiakan kulat.
TEKNOLOGI salutan nano digunakan pada kotak topping lebah kelulut untuk antimikrob dan menghalang pembiakan kulat.
 ??  ?? PENGUNJUNG melihat sarang madu kelulut.
PENGUNJUNG melihat sarang madu kelulut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia