Harian Metro

Perluas aplikasi bioteknolo­gi

- Mohamad Hussin mohamad@hmetro.com.my

Bio Desaru buat MoA dengan pelabur untuk pembanguna­n

2 projek akuakultur

Projek Bio Desaru yang dikenali sebagai Lembah Makanan Organik Kebangsaan begitu signifikan dalam menyahut usaha kerajaan ke arah memperkuku­hkan rantaian pengeluara­n makanan.

Ia sekali gus dapat memperluas­kan aplikasi bioteknolo­gi secara berkesan dalam mengkomers­ialkan produk keluaran pertanian.

Bio Desaru anak syarikat Perbadanan Bioteknolo­gi dan Biodiversi­ti Negeri

Johor (J-Biotech) berjaya membawa pelaburan dalam sektor biopertani­an membabitka­n aktiviti biopenanam­an, bioakuakul­tur dan bioternaka­n.

Menteri Besar Johor

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan negeri mengambil inisiatif dengan membabitka­n komuniti setempat dalam aktiviti pembanguna­n bioekonomi sektor di Johor.

Beliau berkata, inisiatif pertama yang dilaksanak­an Bio Desaru itu membabitka­n majlis pertukaran perjanjian (MoA) dengan pelabur bagi pembanguna­n dua projek akuakultur di Bio Desaru.

“Pertama, projek penetasan, asuhan dan ternakan ketam nipah serta ikan marin oleh pelabur RBI Group (M) Sdn Bhd dengan pelaburan berjumlah RM4 juta.

“Sementara projek kedua membabitka­n projek akuakultur menggunaka­n sistem Malaysia Retirculat­ion Aquacultur­e System atau RAS2020 oleh pelabur Aqua Partners Internatio­nal (M) Sdn Bhd dengan pelaburan berjumlah RM500 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis MoA, Pelancaran Projek Perintis Tanaman dan Pemprosesa­n Huluan Kenaf, Perasmian Lembah Tenusu Desaru serta Desaru Cheese di Bio Desaru, dekat Kota Tinggi, Johor, baru-baru ini.

Turut hadir, Pegawai Daerah Kota Tinggi Dr

Badrul Hisham Kassim, Ketua Pegawai Eksekutif J-Biotech Asman Shah

Abd Rahman dan Ketua Pengarah Operasi The Holstein Milk Company Sdn Bhd (Holstein) Azmi Zainal.

Mohamed Khaled berkata, pembanguna­n pusat penetasan dan ternakan bagi ketam nipah mengguna pakai konsep ‘vertical farming’ daripada kotak ‘polyethyle­ne.’

“Sementara bagi projek ikan marin, fokus diberikan kepada spesies ikan bernilai tinggi seperti ikan merah, jade perch dan siakap dengan mengaplika­sikan teknologi akuakultur dari Jepun, Taiwan dan Thailand.

“RAS2020 adalah teknologi apabila pengeluara­n ikan marin mengguna pakai semula air yang sudah dirawat dan dinyah penyakit serta di bawah persekitar­an terkawal menjadikan Malaysia sebagai negara pertama di Asia menggunaka­n teknologi seumpama ini.

“Projek ini membabitka­n tanah berasaskan fasiliti akuakultur yang secara tidak langsung menyumbang kepada pemelihara­an alam sekitar selain meningkatk­an jumlah pengeluara­n,” katanya.

Menurutnya, antara cadangan spesies ikan ternakan adalah salmon dan ‘steelhead trout’ serta spesies tropika seperti Siakap, tilapia dan kerapu.

Selain itu, beliau berkata, projek perintis tanaman dan pemprosesa­n huluan kenaf selaras dengan pelan tindakan pengkayaan biodiversi­ti hutan dan asas tani sebagai sumber industri berasaskan bio.

“J-Biotech akan membangunk­an projek perintis bagi mengenal pasti komponen tanaman kenaf di kawasan seluas 12 hektar di Bio Desaru dengan nilai pelaburan sebanyak RM250,000.

“Selari dengan peranan Bio Desaru sebagai hab bioorganik dan pengeluara­n makanan kebangsaan dalam mengenal pasti sumber dan kepakaran daripada syarikat peneraju untuk bekerjasam­a dengan peserta daripada kumpulan komuniti setempat dan koperasi setempat bagi pelaksanaa­n dalam pembanguna­n projek yang sudah dikenal pasti.

“Fasa pertama yang dimulakan di Bio Desaru sendiri dijangka membabitka­n dua projek iaitu penanaman nanas

MD2 dan moringa dengan anggaran pembabitan seramai 20 peserta,” katanya.

 ??  ?? MOHAMED Khaled (kiri) melawat gerai pameran.
MOHAMED Khaled (kiri) melawat gerai pameran.
 ??  ?? PELABUR bersama Mohamed Khaled.
PELABUR bersama Mohamed Khaled.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia