Harian Metro

SYOKNYA RUMAH BARU!

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

Berpindah rumah boleh menjadi perkara paling tidak disukai kebanyakan individu kerana menganggap ia leceh dan merumitkan.

Bukan setakat perlu mengemas dan mengangkut barangan, tetapi menyesuaik­an diri dengan suasana serta persekitar­an di rumah yang baru namun ada kalanya terpaksa dilakukan disebabkan pertukaran tempat kerja atau faktor lain.

Mahu atau tidak, itu cabaran perlu dilalui golongan bujang yang tinggal menyewa namun di sebalik kesukaran, ada juga kelebihan apabila berpindah ke tempat baru.

Antaranya adalah seperti berikut : lama yang masih cantik ditemui ketika mengemas. Jadi daripada dibuang lebih baik anda menjualnya di laman sosial atau portal jual beli dalam talian.

Sekurang-kurangnya, duit hasil jualan itu dapat digunakan untuk membayar caj perkhidmat­an lori sewa atau membeli barangan lain.

Kelebihan lain adalah anda dapat mengurangk­an jumlah barangan yang dibawa ke kediaman baru.

Benar, bukan singkat masa yang diperlukan untuk menyesuaik­an diri dengan tempat dan suasana baru.

Namun, inilah masanya untuk berubah angin selepas sekian lama selesa di satusatu tempat.

Siapa tahu, suasana di tempat baru lebih menyeronok­kan lebih-lebih lagi jika mendapat jiran tetangga yang prihatin dan ringan tulang.

Ada kemungkina­n untuk anda mendapat rakan serumah baru apabila berpindah ke kediaman lain.

Boleh jadi rakan serumah anda itu mempunyai minat sama atau dalam erti kata lain sekepala.

Mana tahu, anda berdua boleh jadi teman rapat dan merancang pelbagai aktiviti bersama pada hujung minggu!

Sewa rumah baru mungkin lebih murah berbanding sekarang, jadi lebihan duit itu boleh disimpan atau digunakan untuk perkara yang perlu.

Jika anda bijak, boleh mengiklank­an bilik kosong di rumah baru itu untuk disewakan kepada mereka yang berminat. Dengan cara itu, lebih banyak wang dapat dijimatkan!

Satu lagi kelebihan berpindah adalah anda dapat berkongsi pengalaman itu dengan rakan menerusi media sosial atau diceritaka­n di blog peribadi.

Perkongsia­n itu boleh merangkumi tip atau pengalaman mengenai lokasi tempat yang diduduki.

Secara tidak langsung, anda dapat membantu mereka yang memerlukan informasi mengenai urusan perpindaha­n rumah atau perkara lain yang berkaitan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia