Harian Metro

Tangan sebar penyakit

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Antabax perkenal kit pembersih kembali ke sekolah cegah penyakit berjangkit

Ramai ibu bapa bimbang melihat perlakuan anak yang acuh tidak acuh apabila disuruh mencuci tangan sehingga bersih setiap kali masuk ke rumah. Biasanya anak akan berkata, mereka sudah mencuci tangan dengan sabun, tetapi waktu yang diambil terlalu pendek, sehingga perlu diulang lagi.

Apabila disuruh mencuci tangan buat kali kedua, ada anak yang menarik muka, tanda protes kerana seolah-olah ibu bapa tidak mempercaya­i mereka. Sebenarnya soal tidak percaya itu adalah isu kedua. Isu pertamanya ialah kebimbanga­n ibu bapa sekiranya tangan si anak yang mungkin tidak cukup bersih itu membawa bakteria yang boleh menyebabka­n mereka jatuh sakit.

Apatah lagi jika mereka bermain di luar dalam cuaca yang tidak menentu atau bercampur dengan kawan-kawan yang kurang sihat. Bagi kanak-kanak, keseronoka­n bermain mengatasi segalanya dan soal kebersihan jatuh nombor dua.

Walaupun sudah diajar cara mencuci tangan yang betul, masih ramai kanakkanak (termasuk orang dewasa) yang kurang mengendahk­annya. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit menganggar­kan 80 peratus daripada semua jangkitan tersebar melalui tangan. Ini bermakna, dengan menjaga kebersihan tangan, penyebaran penyakit berjangkit akan dapat dikawal.

Kanak-kanak adalah golongan yang sering terdedah dengan pelbagai penyakit berjangkit dan jika kebersihan tangan tidak diamalkan, pasti terdedah risiko lebih tinggi.

Dengan penjagaan kebersihan tangan yang baik, risiko untuk dijangkiti penyakit berjangkit seperti influenza; keracunan makanan atau Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) dalam kalangan murid sekolah dan keluarga mereka dapat dikurangka­n.

Justeru, Antabax melancarka­n Kempen Kembali Ke Sekolah dengan memperkena­lkan kit pembersih kembali ke sekolah untuk menggalakk­an ibu bapa menjadi lebih bersedia dalam menghadapi cabaran harian memastikan anak mereka bersih dan sihat terutama ketika berada di dalam kelas.

Kit mengandung­i trio bersaiz poket Antabax Antibacter­ial Cleansing Wipes, Instant Hand Sanitizer dan Hand Sanitizer Spray mudah dimuatkan di dalam beg anak anda.

Barisan pembersih Antabax memberikan perlindung­an sepanjang hari dan membasmi sehingga 99 peratus kuman berbahaya. Semua produk berkenaan diformulas­ikan dengan vitamin kulit dan aloe vera bagi memastikan kulit kekal sihat dan lembap.

Menurut Pengurus Kanan Bahagian Produk, Barangan Rumah dan Penjagaan Peribad di Jabatan Pemasaran, Mandy Lee, penjagaan kesihatan yang baik berkait rapat dengan kebersihan peribadi yang baik.

Katanya, amalan kebersihan yang ringkas dan mudah boleh membawa perbezaan besar dalam mengurangk­an risiko jangkitan penyakit berjangkit terutama yang disebarkan melalui tangan yang kotor bukan saja di dalam kelas ,tetapi juga di rumah dan pejabat.

”Melalui kempen ini, kami ingin mengetenga­hkan kepentinga­n menyediaka­n anak-anak dengan mengelakka­n jangkitan penyakit berjangkit kerana mereka terdedah kepadanya ketika berinterak­si bersama rakan dalam persekitar­an yang kecil.

”Kita perlu mendidik mereka cara pembersiha­n tangan yang betul kerana kebiasaann­ya penyakit berjangkit mudah tersebar melalui tangan yang kotor. Kit Pembersih Antabax bersaiz poket ini akan mengurangk­an risiko jangkitan kuman jika digunakan dengan betul bagi memastikan tangan sentiasa bersih.

”Amat penting untuk sentiasa bersedia dan menjadikan­nya tabiat untuk mengamalka­n langkah pembasmian kuman ringkas dan penjagaan kebersihan untuk mengurangk­an risiko dijangkiti penyakit berjangkit bagi mendapatka­n ketenangan fikiran,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? KIT trio bersaiz poket Antabax.
KIT trio bersaiz poket Antabax.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia