Harian Metro

Ambil tahu potensi risiko di Internet

-

Menyedari perkara itu, Digi Telecommun­ications Sdn Bhd (Digi) baru-baru ini melancarka­n video ‘Fight Against Predators’ sebagai usaha berterusan dalam menganjurk­an Internet yang lebih selamat untuk setiap orang menerusi program Digi CyberSAFE.

Video itu memberi perhatian kepada kemungkina­n anak anda sedang dijejaki dan boleh menjadi mangsa kepada pedofilia serta turut mendedahka­n cara pemangsa ini menggunaka­n ruang sembang dan media sosial untuk memancing mangsa.

Ketua Komunikasi dan Kelestaria­n DiGi

Quah Yean Nie berkata, sementara kita menikmati pelbagai manfaat daripada Internet, adalah penting untuk setiap orang sama ada ibu bapa dan kanakkanak sedar potensi risiko seperti buli dan rangsangan siber serta mengambil langkah keselamata­n memandangk­an kanakkanak kini mendapat akses Internet pada usia lebih awal.

Katanya, setiap tahun pihaknya bekerjasam­a dengan kanak-kanak sekolah dan pendidik untuk menyebarka­n mesej keselamata­n siber dalam menggalakk­an tabiat dalam talian secara bertanggun­gjawab.

“Kami berharap video ini dapat memberi satu lagi sumber kesedaran dan alat untuk ibu bapa dan pendidik memulakan dialog bersama anak.

“Ketika kebanyakan orang mahu percaya Internet adalah selamat dan boleh dipercayai, mereka tidak menyedari maklumat peribadi amat mudah diakses tanpa perlindung­an privasi yang betul.

“Bilangan kanak-kanak dan remaja yang menjadi mangsa rangsangan siber hingga membawa kepada kes rogol amat membimbang­kan. Seperti yang dipaparkan dalam video itu, mereka begitu mudah menjadi sasaran pemangsa dengan hanya meneliti maklumat peribadi seperti tempat tinggal, sekolah, aktiviti dilakukan dan kegemaran yang dimuat naik di media sosial.

“Dari situ, pemangsa mula membina hubungan emosi dengan harapan mangsa mempercaya­inya. Ramai kanak-kanak dan remaja langsung tidak sedar mereka sedang dirangsang atau apa yang berlaku itu adalah penderaan,” katanya ketika ditemui pada pameran Digi CyberSAFE sempena Pameran Buku Big Bad Wolf di MIECC Mines, baru-baru ini.

Menerusi pameran

Digi CyberSAFE, ibu bapa dan murid sekolah berpeluang mengikuti pelbagai aktiviti hiburan pendidikan berkaitan keselamata­n dalam talian menerusi suasana pembelajar­an menyeronok­kan.

Antara aktiviti yang dianjurkan seperti Predators’ Wall of

Shame bagi mempelajar­i mengenai pemangsa dalam talian, karakter mereka dan cara menyediaka­n diri dengan pengetahua­n berkaitan untuk berdepan serangan pemangsa.

Selain itu, aktiviti nyah kod mesej tersembuny­i membolehka­n pengunjung membezakan antara kebaikan dan keburukan Internet seperti mempelajar­i cara mengenalpa­sti mesej kebencian dan memilih sikap positif di alam maya.

Menurut Quah, ramai penyumbale­weng dalam kalangan masyarakat

 ??  ?? ANTARA aktiviti yang disediakan menerusi pameran.
ANTARA aktiviti yang disediakan menerusi pameran.
 ??  ?? KANAK-KANAK didedahkan mengenai keselamata­n di alam maya.
KANAK-KANAK didedahkan mengenai keselamata­n di alam maya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia