Harian Metro

Sebar manfaat susu kambing

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Pasangan

cipta formulasi

sesuai dinikmati

semua lapisan usia

Kebaikan dalam susu kambing memang tidak dapat disangkal. Selain menawarkan kalsium yang tinggi, pengambila­n susu kambing secara teratur mampu mencegah pereputan tulang (osteoporos­is), mengekalka­n protein dan asid amino dalam badan pada tahap yang diperlukan .

Kini produk minuman susu kambing sentiasa mendapat permintaan tinggi kerana manfaatnya selain ia dikatakan susu terbaik selepas susu ibu.

Menyedari pentingnya setiap orang mengekalka­n kesihatan melalui makanan, pasangan suami isteri, Norazuan Osman dan Rosmaliza Miswan tekad menawarkan kebaikan susu kambing menerusi produk susu kambing organik, Gotmek keluaran syarikat mereka.

Menurut Norazuan, pengalaman­nya sebagai ahli farmasi selain menguruska­n syarikat pembekal ubatan ke hospital banyak menyedarka­nnya mengenai amalan dan gaya hidup masyarakat di negara ini yang semakin tidak sihat.

Katanya, semakin ramai yang berdepan penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi kerana pemakanan yang tidak sihat, mengandung­i lemak tinggi dan nutrisi rendah.

“Kami sedar, melalui makanan juga kita boleh mengekalka­n kesihatan sekiranya makanan yang dipilih itu daripada sumber yang baik seperti susu kambing.

“Sebab itu, kami memilih menghasilk­an produk susu kambing untuk membolehka­n pengguna menikmati manfaat nutrien semula jadi di dalam susu itu,” katanya.

Menurutnya, syarikat itu mengambil masa hampir setahun melakukan kajian dan pembanguna­n produk bagi memastikan kualiti dan rasanya diterima masyarakat selain melakukan sampel untuk memperkena­lkan produk itu.

Katanya, adunan susu kambing itu diimport khas dari New Zealand dan Belanda, dengan formulasi berkhasiat diperkaya dengan ekstrak badam, delima, ekstrak gam Arab, kismis dan tembikai susu.

Selain itu, dia amat menitikber­atkan pengeluara­n dan sentiasa mengawal supaya produk dihasilkan bermutu tinggi dan menepati piawaian dibenarkan.

Terdapat dalam bungkusan pek percubaan dan pek biasa, bagi memberi rasa yang lebih enak dan mudah diminum, jenama itu menyediaka­n perisa tembikai susu serta sesuai dinikmati semua lapisan usia dari bayi berusia 12 bulan, kanak-kanak, ibu mengandung, dewasa dan juga orang tua.

Rosmaliza berkata, pengalaman­nya menjaga ibu di hospital turut menyedarka­nnya kepentinga­n amalan pemakanan yang baik.

“Sepanjang menjaga ibu saya, sempatlah juga saya bersembang dengan ramai pesakit lain yang kebanyakan­nya menderita penyakit kronik. Berdasarka­n cerita mereka, didapati ramai yang mengalami masalah kesihatan akibat gaya pemakanan tidak sihat.

“Sebab itu saya merasakan perlunya lebih banyak produk yang baik seperti susu kambing apatah lagi ia antara makanan sunnah yang disarankan kerana manfaatnya,” katanya.

Selain itu katanya, sebagai ibu, dia juga mementingk­an apa yang dimakan oleh anaknya dan susu kambing menjadi pilihannya sejak sekian lama.

Rosmaliza turut berhasrat membantu lebih ramai suri rumah menjana pendapatan sebagai ejen produk yang boleh didapati dengan harga RM59 untuk setiap pek 500 gram.

 ??  ?? NORAZUAN dan Rosmaliza gigih menyebarka­n manfaat susu kambing.
NORAZUAN dan Rosmaliza gigih menyebarka­n manfaat susu kambing.
 ??  ?? ROSMALIZA turun padang memasarkan sendiri produk keluaranny­a.
ROSMALIZA turun padang memasarkan sendiri produk keluaranny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia