Harian Metro

Hidangan baru berciri tradisiona­l, antarabang­sa

-

PNB Perdana Hotel

& Suites On The

Park menampilka­n set hidangan baru bercirikan tradisiona­l dan antarabang­sa, ‘East Meets West’ ditawarkan di Restoran 10 Binjai dengan empat menu tempatan serta empat menu antarabang­sa.

Antara yang menarik perhatian adalah hidangan seperti kuetiau ketam Perdana yang enak dan ditawarkan pada harga RM25.

Dengan harga berpatutan, pelanggan dapat menjamu selera di restoran hotel yang berhawa dingin apatah lagi dalam suasana tenang, pengalaman itu pasti menarik.

Lebih menarik ramuan dan bahan yang digunakan adalah adunan terpilih yang menjadikan rasa hidangan ini unik dan menyelerak­an.

Menurut Cef Eksekutif hotel berkenaan, Ibrahim Abu Lassi, promosi itu turut menyediaka­n menu seperti laksam dan masak lemak daging salai. Semua menu ini termasuk pakej dengan air minuman dan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

Menu tempatan yang dihasilkan adalah inspirasi masakan yang terkenal dari negara lain dan secara tidak langsung turut mempamerka­n imej kebudayaan seperti daging salai lemak cili api yang popular di Negeri Sembilan dan laksam yang menjadi menu wajib sekiranya berada di Kelantan.

Di samping itu, turut disajikan ialah pilihan lain seperti ikan masam manis dan kari ayam 10 Binjai yang disajikan dengan nasi putih, sayur jeruk dan keropok.

Bagi penggemar masakan antarabang­sa pula, boleh mencuba kepingan ikan gril yang disajikan bersama sup cendawan. Selain itu, pasta bebola daging bersama salad turut disediakan bersama minuman dan buah-buahan. Di samping itu, pelanggan boleh memilih ayam panggang setengah ekor yang turut disajikan bersama sup cendawan sebagai menu tambahan.

 ??  ?? IBRAHIM bersama hidangan promosi East Meet West.
IBRAHIM bersama hidangan promosi East Meet West.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia