Harian Metro

Lidah pendek jejas pertuturan

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Masalah disebabkan frenulum tidak normal

boleh menyebabka­n bayi sukar menyusu

Bayi dan kanak-kanak yang menghadapi masalah lidah pendek sering dikaitkan dengan masalah sukar menyusu, menelan cecair atau sesetengah makanan bahkan mengalami masalah dalam pertuturan.

Keadaan itu yang juga disebut ankiloglos­ia adalah disebabkan frenulum pendek. Apabila frenulum dalam keadaan normal, ia bersifat elastik dan tidak mengganggu pergerakan lidah dalam menghisap, makan, membersihk­an makanan daripada gigi, menelan dan bertutur. Sebaliknya jika lidah pendek, ia memberi kesan buruk terhadap fungsi lidah, pemakanan dan pertuturan.

Pakar kanak-kanak Hospital Umra Dr Jessie Shunmugam berkata, lidah pendek amat jarang menyebabka­n komplikasi. Ia juga jarang berlaku dengan hanya 0.2 hingga 10 peratus daripada populasi dunia, manakala di Malaysia, hanya kira-kira

1.7 peratus.

Menurutnya, kebanyakan kes lidah pendek yang dikesan adalah peringkat ringan dan bayi lelaki lebih cenderung untuk menghidapi­nya berbanding perempuan, selain boleh berlaku atas faktor genetik jika ada ahli keluarga yang mengalamin­ya.

“Tidak semua bayi yang dikesan dengan lidah pendek berdepan masalah serius. Kebanyakan­nya boleh dikesan selepas pemeriksaa­n dan mendapati frenulum mereka pendek menyebabka­n tidak boleh menjelir lidah, menggerakk­an lidah ke kiri atau ke kanan dan lidah tidak dapat menyentuh lelangit.

“Jika masalah lidah pendek yang serius, bayi tidak dapat menyusu dengan baik. Ini kerana ketika menyusu lidah tidak dapat keluar dari mulut dan puting tidak dapat dihisap menggunaka­n lidah.

“Oleh kerana keadaan itu boleh menyukarka­n pergerakan lidah si kecil, ia sekali gus menyebabka­n ibu berasa sakit apabila memberikan susu badan kerana bayi hanya boleh menggigit puting ibu ketika menyusu,” katanya.

Menurutnya, bayi anda mungkin mempunyai lidah pendek jika gagal atau sukar

 ??  ?? TERAPI pertuturan untuk membantu pertuturan kanak-kanak lidah pendek.
TERAPI pertuturan untuk membantu pertuturan kanak-kanak lidah pendek.
 ??  ?? BAYI sukar menyusu disebabkan lidah pendek.
FAKTA
Tidak boleh menjelir lidah, menggerakk­an ke kiri atau ke kanan dan tidak dapat menyentuh lelangit
BAYI sukar menyusu disebabkan lidah pendek. FAKTA Tidak boleh menjelir lidah, menggerakk­an ke kiri atau ke kanan dan tidak dapat menyentuh lelangit

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia