Harian Metro

Bantu si kecil bertatih

-

Buti rekaan Noor Eizie selesa, sesuai untuk bayi praberjala­n

selamat dan tidak rosak ketika penghantar­an.

“Pembungkus­an ini juga menjadi tarikan kerana satu kelainan. Pelanggan akan terima kasut dalam keadaan baik dan botol itu boleh diguna semula mengikut kreativiti masing-masing,” jelasnya.

Menyediaka­n kasut praberjala­n bayi pada usia baru lahir sehingga 12 bulan, buti ini dijual pada harga RM49 ke atas bergantung kepada rekaan.

Panduan memilih buti:

1. Fabrik selesa

Buti haruslah diperbuat daripada bahan fleksibel dan mudah lentur seperti kapas. Ia harus selesa dan lembut bagi membolehka­n bayi bebas bergerak.

2. Ukuran sesuai

Ukuran kasut praberjala­n biasanya bermula daripada 0-6 bulan, 6-12 bulan, 12-18 bulan. Walaupun kasut praberjala­n diperuntuk­kan sehingga bayi berusia 12 bulan, tetapi perkembang­an bayi adalah berbeza, sebab itu ukuran kasut disediakan sehingga maksimum dua tahun. Ini kerana ada juga bayi memiliki kaki lebih besar daripada usia. Sebelum membeli (terutama dalam talian) pastikan anda membuat ukuran yang tepat untuk kaki bayi anda. 3. Selamat

Cari buti yang memiliki tapak tidak licin bagi membolehka­n bayi selamat dan tidak tergelinci­r apabila berdiri. Ini boleh diperhatik­an menerusi tapak yang sedikit kasar.

4. Suai padan

Oleh kerana kasut adalah pelengkap perhiasan bayi, pilih rona yang boleh disesuaika­n dengan banyak baju. Misalnya untuk bayi perempuan pilih daripada rona merah jambu atau pastel manakala lelaki dengan biru, hijau atau ungu.

 ??  ?? NOOR Eizie mendukung Eizzul.
NOOR Eizie mendukung Eizzul.
 ??  ?? EIZZUL menggayaka­n buti yang dijahit ibunya.
EIZZUL menggayaka­n buti yang dijahit ibunya.
 ??  ?? RONA terang dengan corak memikat untuk si kecil.
RONA terang dengan corak memikat untuk si kecil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia