Harian Metro

Ketawa kunci bahagia

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Perhubunga­n kukuh menyumbang kepada kesihatan, kesejahter­aan hidup

Kaji selidik Indeks Hubungan Prudential 2017 (PRI 2017) mendedahka­n ketawa adalah kunci untuk membina hubungan yang lebih baik dengan 63 peratus rakyat Malaysia bersetuju bahawa keupayaan untuk membuatkan seseorang ketawa atau tersenyum adalah antara ciri yang paling penting bagi setiap pasangan.

Rakyat Malaysia yang ketawa bersama pasangan sekurang-kurangnya sekali seminggu mempunyai skor hubungan pasangan sebanyak 68/100, manakala mereka yang kurang ketawa hanya mencatat skor 46/100.

Kajian itu juga menunjukka­n 66 peratus lelaki Malaysia berpendapa­t, merekalah yang perlu membuatkan pasangan ketawa berbanding dengan 42 peratus wanita.

Selain itu, kajian menunjukka­n 52 peratus rakyat Malaysia ketawa bersama pasangan mereka sekurang-kurangnya sehari sekali, manakala 40 peratus mahukan pasangan mereka menjadi lebih lucu.

Menerusi kaji selidik itu juga, Malaysia berada pada kedudukan keenam daripada sembilan negara Asia dari segi tahap kepuasan individu dalam perhubunga­n.

Kaji selidik itu berkaitan hubungan utama rakyat Malaysia, termasuk dengan pasangan, anak, keluarga dan rakan yang memenuhi 68 peratus daripada keperluan hubungan yang mereka ingini iaitu tiga mata lebih rendah daripada skor PRI bagi 2016 (71 peratus).

Lebih 4,600 responden ditemurama­h, 516 antaranya dari Malaysia berumur antara 25 hingga 55 tahun.

Ketua Pegawai Penjenamaa­n Prudential Assurance Malaysia

Berhad (PAMB) Fiona

Liao berkata, indeks itu menjelaska­n keadaan hubungan di Malaysia berdasarka­n keperluan dan jangkaan serta apa yang boleh dilakukan untuk memperbaik­inya.

“Kajian ini membantu kami memahami pelanggan dengan lebih baik. Ia disokong oleh statistik. Ia membolehka­n kami menambah nilai kepada isu paling penting dalam kehidupan pelanggan kerana perhubunga­n yang kukuh menyumbang kepada kebahagiaa­n, kesihatan dan kesejahter­aan hidup yang berpanjang­an.

“PRI 2017 menunjukka­n rakyat Malaysia prihatin terhadap keadaan kewangan mereka seperti mana mereka prihatin mengenai perhubunga­n masing-masing,” katanya pada majlis pelancaran PRI 2017. PRI 2017 adalah indeks hubungan di Asia yang kedua dilancarka­n PAMB dan Prudential BSN Takaful.

Fiona berkata, kaji selidik menunjukka­n rakyat Malaysia berasa pasangan mereka lebih giat memperbaik­i hubungan pada 2017 (79 peratus) berbanding 2016 (69 peratus).

Sehubungan itu katanya, dengan mengenal pasti pelbagai pemacu dan pengaruh utama, PRI memberikan pemahaman sebenar mengenai hubungan penting dalam hidup seseorang seterusnya membuka jalan ke arah hubungan yang lebih memuaskan buat masyarakat di negara ini.

Setiap rumah tangga pasti tidak terlepas daripada pertengkar­an. Walaupun soal kerja rumah antara menyebabka­n pertengkar­an, isu wang turut memberi kesan kepada hubungan dan menjadi punca pertengkar­an.

Kajian mendapati, lebih satu pertiga daripada pasangan di Malaysia (37 peratus) berkata, mereka paling banyak bertengkar mengenai wang.

Lebih satu pertiga daripada ibu bapa (34 peratus) pula berkata, kos untuk membesarka­n anakanak turut memberi kesan kepada hubungan mereka dengan pasangan.

Rakyat Malaysia juga amat berkemungk­inan untuk berpendapa­t bahawa hubungan mereka menderita kerana pasangan tidak membuat simpanan yang mencukupi (38 peratus) diikuti pasangan tidak mempunyai pendapatan mencukupi (34 peratus) atau terlalu banyak hutang (32 peratus).

Kurang perhatian juga mewujudkan ketegangan antara pasangan; kurang memberi perhatian adalah punca pertengkar­an dalam 35 peratus pasangan di Malaysia manakala 34 peratus berkata, mereka bertengkar mengenai waktu yang dihabiskan di telefon atau komputer. Dalam perkembang­an lain, pasangan di Malaysia secara relatifnya tidak akan berkongsi tanggungja­wab kewangan sesama sendiri berbanding negara Asia lain.

Kajian itu mendapati, 32 peratus daripada pasangan di Malaysia mengumpul sumber kewangan mereka, manakala 17 peratus tidak mengumpul apa-apa sumber secara bersama dan mengasingk­an urusan kewangan mereka.

Mengumpul sumber dikaitkan dengan hubungan yang baik. Mereka yang membuat pelan bersama bagi semua urusan kewangan mereka mempunyai skor hubungan pasangan 72/100, manakala mereka yang mengasingk­an pelan kewangan mereka mempunyai skor hubungan 52/100.

Walaupun kebanyakan­nya tidak akan menyatukan sumber kewangan mereka, namun Malaysia agak terbuka sesama sendiri mengenai perkara berkaitan kewangan. Kira-kira 53 peratus berkongsi semuanya mengenai urusan kewangan dengan pasangan mereka, dan 35 peratus lagi memberitah­u sesama sendiri mengenai kebanyakan perkara.

Rakyat Malaysia sering menjangkak­an perubahan dalam keadaan hubungan mereka. Sebanyak 61 peratus percaya menjelang 2050 lebih separuh daripada perkahwina­n akan berakhir dengan perceraian, walaupun 73 peratus percaya bahawa pada masa itu nanti perceraian juga akan diterima secara sosial.

Kajian itu juga menunjukka­n 67 peratus percaya bahawa menjelang 2050, kebanyakan pasangan akan tinggal bersama tanpa berkahwin.

 ??  ?? AKSES kesihatan yang baik diperlukan
setiap orang.
AKSES kesihatan yang baik diperlukan setiap orang.
 ??  ?? FAKTA
FIONA (tiga dari kanan) bersama
panel majlis. Malaysia di tangga keenam daripada sembilan negara Asia dari segi tahap kepuasan individu dalam perhubunga­n
FAKTA FIONA (tiga dari kanan) bersama panel majlis. Malaysia di tangga keenam daripada sembilan negara Asia dari segi tahap kepuasan individu dalam perhubunga­n
 ??  ?? TEKNOLOGI banyak mempengaru­hi hubungan suami isteri.
TEKNOLOGI banyak mempengaru­hi hubungan suami isteri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia