Harian Metro

SELAM TAK TIMBUL

Lelaki pukat ikan di kolam loji rawatan air ditemui lemas

- Hazsyah Abdul Rahman hmkk@hmetro.com.my

Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika memukat ikan di kolam loji rawatan air di Batu 25, dekat sini, malam kelmarin, ditemui lemas, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 10.20 pagi itu, mayat Basikal Sunsurang, 57, ditemui terapung oleh anggota pasukan penyelamat, 32 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Abdul Kadir Halalan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan mangsa daripada penduduk kampung kira-kira jam 7.30 malam kelmarin.

Beliau berkata, susulan itu, 13 anggota dikejarkan ke lokasi bagi menjalanka­n operasi mencari dan menyelamat.

Katanya, anggota bomba turut menggunaka­n bot aluminium untuk melakukan pencarian di kawasan permukaan manakala anggota Pasukan Penyelamat­an Di Air (PPDA) melakukan pencarian di dasar kolam.

“Bagaimanap­un, operasi terpaksa dihentikan malam tadi (kelmarin) berikutan keadaan gelap sebelum disambung semula pagi tadi (semalam).

“Mayat mangsa kemudian ditemui jam 10.20 pagi tadi (semalam),” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan,” katanya.

Dalam kejadian kirakira jam 7 malam kelmarin, Basikal dan beberapa rakannya dikatakan pergi memukat ikan di kolam di loji berkenaan.

Difahamkan, mereka berenang untuk memasang pukat, tetapi pukat itu tiba-tiba tersangkut di dasar kolam.

Basikal kemudian dikatakan menyelam untuk menarik bahagian pukat yang tersangkut itu.

Bagaimanap­un, dia tidak timbul menyebabka­n rakannya mencari lelaki itu.

Selepas gagal menemui mangsa, mereka kemudian melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa.

 ??  ?? LELAKI ditemui lemas selepas memukat ikan di kolam loji rawatan
air di Batu 25, dekat Sandakan.
LELAKI ditemui lemas selepas memukat ikan di kolam loji rawatan air di Batu 25, dekat Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia