Harian Metro

Kantoi iklan Facebook

- Hazsyah Abdul Rahman hmkk@hmetro.com.my

 Dua penuntut curi mesin pengimpal dari stor pusat latihan bernilai RM14,000 dicekup

Dua penuntut sebuah institut latihan perindustr­ian di sini, bukan saja mencuri mesin pengimpal bernilai lebih RM14,000 milik pusat latihan berkenaan, malah turut mengiklank­annya menerusi Facebook untuk memperoleh wang.

Kedua-duanya yang berusia 19 dan 20 tahun itu dipercayai mahu membuat ‘untung atas angin’ apabila cuba menjual mesin berkenaan.

Bagaimanap­un,

aktiviti mereka terbongkar selepas kedua-duanya ditahan Isnin lalu, susulan laporan daripada kakitangan institut yang terlihat iklan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, sebelum kejadian, kakitangan institut berusia 25 tahun itu melihat seorang suspek mengiklank­an mesin pengimpal untuk dijual di Facebook, pada Ahad lalu.

Beliau berkata, lelaki itu mendakwa mesin itu untuk kegunaan pembelajar­an di institut berkenaan dan tidak dijual di pasaran.

Sehubungan itu, dia membuat pemeriksaa­n di stor institut berkenaan dan mendapati mesin itu hilang.

“Lelaki itu membuat laporan polis dan susulan itu kedua-dua suspek diberkas di kawasan berdekatan Bandar Indah, Batu 4 dan kawasan Batu 10, dekat sini, pada Isnin lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Balai Polis Sandakan, semalam.

Mohd Azhar berkata, hasil siasatan awal suspek adalah penuntut di institut berkenaan.

Katanya, mereka mengakui memanjat dinding stor berkenaan lalu mencuri mesin terbabit.

“Ada kesan tapak tangan suspek ditemui pada dinding stor berkenaan.

“Selain itu, mereka juga memuat naik iklan di Facebook bagi menjual mesin berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, polis turut merampas telefon digunakan suspek untuk memuat naik iklan berkenaan.

“Kedua-dua suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri,” katanya.

 ??  ?? MOHD Azhar (tengah) menunjukka­n mesin pengimpal yang dirampas daripada suspek.
MOHD Azhar (tengah) menunjukka­n mesin pengimpal yang dirampas daripada suspek.
 ??  ?? IKLAN yang dimuat naik suspek di media sosial.
IKLAN yang dimuat naik suspek di media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia