Harian Metro

Kenal pasti 30 lokasi panas

-

Polis mengenal pasti 30 lokasi panas yang sering berlaku kemalangan dan kesesakan lalu lintas di negeri ini, sepanjang musim cuti sekolah dan perayaan Krismas tahun ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik negeri Superinten­dan Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, antaranya lokasi di sekitar Kota Kinabalu membabitka­n laluan KM0 hingga KM15 Jalan Tuaran Bypass, KM9 hingga KM22 Jalan Lintas-Kepayan,

Batu 5 Jalan Tuaran Lama-Tebobon dan Jalan Lintas Panjang.

“Selain itu, di Papar, ia membabitka­n KM3 hingga KM20 Jalan Papar-Kota Kinabalu dan KM1 hingga KM15 Jalan Papar-Beaufort, manakala di Beaufort di KM1 hingga KM21 Jalan Beaufort-Papar, KM3 hingga KM28 Jalan Beaufort-Sipitang dan KM10 hingga KM41 Jalan BeaufortMe­numbok.

“Di Tuaran pula di KM1 hingga KM44 Jalan

Tuaran-Kota Belud dan KM1 hingga KM48 Jalan Tuaran-Ranau.

“Pengguna kenderaan dinasihatk­an berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan terutama sepanjang musim cuti sekolah dan perayaan Krismas tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Kempen Keselamata­n Pengguna Jalan Raya sempena sambutan Hari Krismas dan Kembali Ke Sekolah, di Tapak Pesta Air, Meruntum, dekat sini, semalam.

Mohd Zamzuri berkata, bagi kawasan pantai timur Sabah pula, tiga jalan dipantau termasuk Batu 1 hingga 7 Jalan Utara, Batu 8 hingga Batu 32, Jalan Labuk dan Jalan Buli Sim-Sim di Sandakan. “Di Beluran, ia membabitka­n KM1 hingga KM27 Jalan Telupid-Ranau, KM40 hingga KM65 Jalan Beluran-Telupid, KM70 hingga KM90 Jalan Beluran-Telupid dan Jalan Sapi-Nanggoh,”

katanya.

Kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM100 juta bagi menambah baik sistem perparitan di kawasan bandar sebagai persediaan jangka panjang dalam menangani masalah banjir di Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, peruntukan itu akan digunakan bagi melaksanak­an 114 projek tebatan banjir, terutama di kawasan bandar.

“Projek ini dilaksanak­an secara berperingk­at dan mengambil masa untuk memperbaik­i sistem saluran parit di kawasan berisiko banjir.

“Saya juga mahu mengingatk­an

 ??  ?? MOHD Zamzuri
MOHD Zamzuri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia