Harian Metro

Kempen JKJR Sabah beri kesan

-

Jumlah kemalangan maut yang menurun setiap tahun membuktika­n kempen keselamata­n dilaksanak­an Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR) Sabah memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya.

Pengarahny­a Josliw Mat Jumping berkata, ia berdasarka­n perbanding­an statistik kemalangan jalan raya yang diperoleh daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah.

Beliau berkata, statistik sama menunjukka­n kadar kematian akibat kemalangan jalan raya di negeri ini turut mencatatka­n penurunan.

“Pada 2015, kadar kematian disebabkan kemalangan jalan raya di negeri ini berjumlah 392 kes dan ia menurun kepada 379 kes pada tahun lalu.

“Kadar kematian akibat kemalangan jalan raya dari Januari hingga 23 November tahun ini pula sebanyak 191 kes,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kempen Keselamata­n Pengguna Jalan Raya sempena sambutan Hari Krismas dan Kembali Ke Sekolah, di Tapak Pesta Air, Meruntum, dekat sini, semalam.

Sehubungan itu, Josliw berkata, pihaknya meminta kerjasama semua pengguna jalan raya dan media untuk mendidik supaya lebih berhemah dan mematuhi undang-undang jalan raya.

Miri: Penempatan penduduk yang terjejas akibat fenomena air pasang besar Selasa lalu sudah beransur pulih sepenuhnya, semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata, limpahan air yang menjejaska­n penduduk di Kampung Batu Satu, Kampung Wireless dan Pujut di sini, sudah surut.

Menurutnya, hanya sebahagian kawasan rendah di bandar raya ini masih terjejas akibat takungan air, namun situasi itu tidak serius.

“Keadaan cuaca sudah baik dan cerah. Bagaimanap­un, kami masih membuat pemantauan lanjut di kawasan yang berisiko sekiranya hujan lebat berlaku lagi.

“Apapun, setakat ini keadaan sudah terkawal dan penduduk boleh menjalanka­n rutin harian seperti biasa,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, lebih 110 penduduk di Kampung Batu Satu, Kuala Baram dan Kampung Wireless di sini, dipindahka­n berperingk­at.

Fenomena air pasang di bandar raya ini dianggap terburuk pernah berlaku. Sisa kayu dan sampah, malah bot, perahu dan tongkang turut dihanyutka­n sehingga terdampar ke Pantai Esplanade di sini.

 ??  ?? KEADAAN kawasan yang terlibat dengan banjir selepas air mula surut di sekitar Miri.
KEADAAN kawasan yang terlibat dengan banjir selepas air mula surut di sekitar Miri.
 ??  ?? JOSLIW
JOSLIW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia