Harian Metro

KELENTONG RM40J PAJAK PULAU

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@hmetro.com.my

Ditawarkan menjadi rakan kongsi perniagaan bagi projek pembanguna­n sebuah pulau di Indonesia kononnya berpotensi menjadi destinasi pelanconga­n utama.

Malah, mangsa pernah ditawarkan urus niaga import eksport kelapa dan projek pembanguna­n Pulau Sirandah yang terletak di Padang, Indonesia.

Bagaimanap­un, semua itu hanya perangkap apabila 500 individu kerugian lebih RM40 juta ditipu sebuah syarikat auta.

Syarikat didalangi seorang lelaki berusia 31 tahun bergelar Datuk itu dikesan hanya mengambil masa sembilan bulan untuk mengutip RM40 juta daripada mangsa menerusi dua projek diperkenal pada Januari dan April lalu.

Menariknya, menerusi projek berkenaan, mangsa dimaklumka­n syarikat itu mendapat kontrak pajakan 99 tahun bagi membangunk­an pulau berkenaan sebagai kawasan pelanconga­n.

Rakan kongsi yang berminat diberikan pulangan keuntungan antara 18 hingga 20 peratus yang dibayar setiap bulan dalam tempoh 10 tahun.

Tambah menarik lagi, setiap rakan kongsi juga diberikan keistimewa­an iaitu layanan bertaraf VIP apabila bercuti ke pulau itu sepanjang tempoh berkenaan.

Berikutan tertarik dengan insentif ditawarkan, hampir 500 individu di seluruh negara membuat pembayaran antara RM10,000 hingga RM180,000 bagi menjadi rakan kongsi perniagaan syarikat itu.

Malangnya selepas beberapa bulan menyuntik modal, semua rakan kongsi perniagaan berkenaan berputih mata apabila tidak menerima satu sen pun bayaran keuntungan daripada pemilik syarikat berkenaan.

Malah, pemilik syarikat bergelar Datuk itu juga dikatakan lesap melarikan diri sejak beberapa bulan lalu.

Sehubungan itu, 260 daripada 500 mangsa menerusi syarikat guaman tetuan Faizal Rahman & Co membuat aduan rasmi kepada pihak Bank Negara Malaysia (BNM), semalam.

Peguam yang mewakili semua mangsa, Faizal Rahman berkata, menerusi maklumat diterima, mangsa pada awalnya ditawarkan untuk menjadi rakan kongsi projek import eksport kelapa.

Katanya, projek berkenaan berjalan antara Januari sehingga April lalu dan hanya segelintir rakan kongsi menerima semula modal dikeluarka­n selain bayaran keuntungan bagi tempoh tiga bulan saja.

“Selepas menjalanka­n projek itu, mereka ditawarkan pula menjadi rakan kongsi perniagaan bagi pembanguna­n Pulau Sirandah.

“Menerusi projek kedua ini, mangsanya lebih ramai berikutan tawaran menarik termasuk bayaran keuntungan setiap bulan selama 10 tahun serta layanan VIP di pulau itu,” katanya.

Bagaimanap­un, Faizal berkata, selepas beberapa bulan, syarikat berkenaan langsung tidak membayar satu sen pun bayaran keuntungan.

Menurut Faizal, sehingga kini pihaknya mengumpul 260 peserta projek pembanguna­n Pulau Sirandah termasuk dari Sabah dan Sarawak dengan kerugian RM12 juta.

“Kami percaya jumlah ini lebih besar iaitu mencecah lebih RM40 juta berdasarka­n jumlah keseluruha­n peserta projek itu dianggarka­n seramai 500 orang,” katanya.

Faizal berkata, satu dokumen aduan rasmi diserahkan kepada BNM dan pihaknya juga menyusul dengan mengemukak­an bukti pembayaran dibuat mangsa terhadap syarikat berkenaan.

 500 individu diperdaya projek pembanguna­n pulau, niaga import eksport kelapa di Indonesia

 ??  ??
 ??  ?? FAIZAL (kanan) berbincang dengan sebahagian daripada mangsa penipuan syarikat tawar projek di Indonesia.
FAIZAL (kanan) berbincang dengan sebahagian daripada mangsa penipuan syarikat tawar projek di Indonesia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia