Harian Metro

GIGITAN DEGIL ANAK JERUNG

 Nelayan derita 30 minit apabila ikan ganas enggan lepas gigitan di lutut kiri

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

Lima anggota daripada Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sepang berhempas pulas selama 10 minit untuk melepaskan gigitan jerung berkenaan daripada kaki mangsa”

Azli Muhidin

Seorang nelayan menahan kesakitan hampir 30 minit apabila kaki kirinya digigit seekor baby

shark berukuran lebih 0.5 meter

Dalam kejadian jam 12 tengah hari semalam, mangsa berusia 24 tahun digigit anak ikan jerung ketika menjala ikan di Pantai Bagan Lalang di sini.

Keadaan menjadi cemas apabila ikan jerung itu enggan melepaskan bahagian lutut kiri mangsa walaupun selepas mangsa naik ke darat.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sepang Leftenan (PA) Azli Muhidin berkata, ini kali pertama pihaknya menerima kes sedemikian sejak menara penyelamat APM dibangunka­n di kawasan itu pada 2011.

Beliau berkata, lima anggota daripada Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sepang berhempas pulas selama 10 minit untuk melepaskan gigitan jerung berkenaan daripada kaki mangsa.

“Ketika kejadian mangsa menjala di pantai berkenaan sebelum anggota penyelamat pantai APM Bagan Lalang menerima maklumat seorang lelaki digigit anak ikan yu di bahagian paha.

“Anggota APM terbabit meminta bantuan daripada anggota APM daerah. Sejurus menerima panggilan, pasukan kami ke lokasi untuk memberi bantuan,” katanya.

Beliau berkata, anak ikan jerung itu seolah-olah tidak mahu melepaskan gigitan pada lutut mangsa dan melekat di anggota badan itu.

“Pasukan

APM mengambil masa

10 minit untuk melepaskan gigitan ikan berkenaan menggunaka­n peralatan khas.

“Mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Sungai Pelek menggunaka­n ambulans APM untuk menerima rawatan,” katanya.

Beliau mengingatk­an orang ramai lebih berhati-hati ketika beriadah di kawasan itu bagi mengelak kejadian serangan jerung berulang.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA APM berusaha melepaskan kaki nelayan daripada gigitan anak ikan jerung. NELAYAN digigit anak ikan jerung ketika menjala di pantai.
ANGGOTA APM berusaha melepaskan kaki nelayan daripada gigitan anak ikan jerung. NELAYAN digigit anak ikan jerung ketika menjala di pantai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia