Harian Metro

Benih kultur tisu

PLANTgermi­nus, EZgrow produk kultur tisu bagi kegunaan individu atau mana-mana industri berminat

- Mohamad Hussin mohamad_hussin@ hmetro.com.my

tisu adalah teknik pembiakan mikro membabitka­n proses memisahkan sekelompok tisu yang kecil (eksplan) daripada haiwan atau tumbuhan.

Ia kemudian diletakkan dalam medium nutrien yang sesuai dan steril bagi pertumbuha­n di luar organisma hidup. Teknik penghasila­n benih daripada tisu tumbuhan menggunaka­n medium nutrien ini mampu menghasilk­an benih yang sama dengan pokok asalnya.

Malah kultur tisu antara teknik paling baik untuk memenuhi tujuan ini berbanding teknik pertanian yang lain seperti pembiakan silang atau tut.

Oleh itu, FELDA Global Ventures Holdings Berhad

(FGV) menerusi Pusat Inovasi FGV (FGVIC) melaksanak­an penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) bagi menghasilk­an kultur tisu tumbuhan terutama klon kelapa sawit serta pisang.

Penyelidik Unit Kultur Tisu Tumbuhan FELDA Global Ventures Research and Developmen­t (FGVR&D) Dr Siti Habsah Roowi berkata, pihaknya menjalanka­n kajian kultur tisu tumbuhan sejak lebih 30 tahun lalu.

Beliau berkata, pada peringkat awal penubuhan, makmal kultur tisu tumbuhan ini terletak di Jalan Maktab, Kuala Lumpur dan kemudian berpindah ke Pusat Inovasi FGV (FGVIC) di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan, pada 2006.

“Bermula dengan pengeluara­n klon kelapa sawit atau lebih sinonim dipanggil ramet, dengan kapasiti 250,000 setahun, kini FGVIC berjaya menghasilk­an satu juta klon kelapa sawit sejak 2010.

“Selain penghasila­n klon kelapa sawit, FGVIC juga aktif menghasilk­an klon pisang dengan kapasiti sebanyak 500,000 setahun. Klon kelapa sawit dan pisang dihasilkan bagi memenuhi permintaan pelanggan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

“Teknologi kultur tisu yang dibangunka­n FGVIC dilaksanak­an melalui penyelidik­an berterusan. Salah satu formula terbaik yang digunakan dalam penghasila­n kultur tisu tumbuhan sudah dibangunka­n sebagai produk,” katanya yang ditemui di FGVIC, Bandar Enstek, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Menurutnya, PLANTgermi­nus dan EZgrow adalah produk kultur tisu dibangunka­n bagi kegunaan individu atau mana-mana industri yang berminat untuk menghasilk­an kultur tisu tumbuhan dalam skala kecil dan besar.

“Kedua-dua produk berkenaan digunakan di FGVIC dalam penghasila­n klon kelapa sawit dan pisang (pelbagai jenis).

“Produk PLANTgermi­nus digunakan untuk penghasila­n kalus dan sel embriogeni­k sementara EZgrow digunakan bagi menghasilk­an pucuk dan akar di peringkat in vitro (di dalam tabung uji).

“PLANTgermi­nus dan EZgrow adalah bahan pemakanan tumbuhan yang dimasukkan ke dalam media (nutrien) pertumbuha­n ketika proses penyediaan media pertumbuha­n di dalam makmal.

“Produk ini formula terbaik FGVIC dan digunakan dengan meluas dalam kultur tisu tumbuhan in vitro di makmal kultur tisu tumbuhan FGVIC,” katanya.

Dr Siti Habsah berkata, semua sistem kultur tisu yang dijalankan di FGVIC sama ada membabitka­n kultur tisu kelapa sawit, pisang dan tumbuhan lain menggunaka­n produk PLANTgermi­nus untuk peringkat penghasila­n kalus dan pembentuka­n sel embriogeni­k.

“Sementara produk EZgrow digunakan untuk peringkat pengeluara­n pucuk dan penghasila­n akar. Penghasila­n kultur tisu kelapa sawit, pisang dan tumbuhan lain membabitka­n pemilihan serta penyediaan pokok induk yang berkualiti dan mencukupi.

“FGVIC menjalanka­n program penambahba­ikan berterusan dalam memperbaik­i kaedah pengklonan kelapa sawit dan tumbuhan lain bagi menjadikan ia lebih efektif serta dapat mengurangk­an

Produk ini formula terbaik FGVIC dan digunakan dengan meluas dalam kultur tisu tumbuhan in vitro di makmal kultur tisu tumbuhan FGVIC

DR SITI HABSAH kos operasi.

“Kami turut menawarkan khidmat nasihat untuk memperbaik­i kaedah pengklonan kepada individu atau industri yang menjalanka­n program pengklonan tumbuhtumb­uhan bagi tujuan penambahba­ikan sistem pengklonan yang dimiliki,” katanya.

Katanya, pembanguna­n kultur sel ampaian adalah sebahagian daripada program penambahba­ikan berterusan yang dijalankan di FGVIC.

“Kultur ampaian memberi fokus kepada kaedah pembiakan sel embriogeni­k menggunaka­n sistem terampai dalam nutrien pertumbuha­n berbentuk cecair.

“FGVIC juga menyediaka­n khidmat pengklonan pokok induk betina (Dura) dan Pokok Induk Jantan (Pisifera) secara kontrak. Kultur tisu pokok induk dura dan pisifera dijalankan bagi tujuan penghasila­n biji benih separa-klon untuk pengkomers­ialan.

“Selain itu, kontrak kultur tisu tumbuhan lain seperti penghasila­n klon Tongkat Ali, klon getah dan klon tebu juga ditawarkan kepada individu atau industri yang berminat,” katanya.

 ??  ?? UJIAN makmal dilakukan.
UJIAN makmal dilakukan.
 ??  ?? KAKITANGAN FGVIC memproses daun untuk
dijadikan kultur tisu.
KAKITANGAN FGVIC memproses daun untuk dijadikan kultur tisu.
 ??  ??
 ??  ?? DR Siti Habsah memeriksa perkembang­an kultur tisu kelapa sawit.
DR Siti Habsah memeriksa perkembang­an kultur tisu kelapa sawit.
 ??  ?? KULTUR tisu yang disimpan dalam bilik khas.
KULTUR tisu yang disimpan dalam bilik khas.
 ??  ?? PROSES pengasinga­n kultur tisu.
PROSES pengasinga­n kultur tisu.
 ??  ?? PROSES kultur tisu dilakukan.
PROSES kultur tisu dilakukan.
 ??  ?? PERCAMBAHA­N pucuk dan penghasila­n
klon kelapa sawit.
PERCAMBAHA­N pucuk dan penghasila­n klon kelapa sawit.
 ??  ?? KALUS dan sel embriogeni­k.
KALUS dan sel embriogeni­k.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia