Tak pernah rancang lantik Amy
beberapa media.
“Selepas menyiasat, kami dapati ia perbuatan salah seorang wakil ejen produk ini yang menggunakan khidmat orang tengah untuk mendapatkan gambar Amy memegang produk berkenaan.
“Gambar berkenaan seterusnya diletakkan ‘watermark’ nama dan nombor telefon ejen terbabit sebelum dikongsikan di laman Facebook rasmi kendaliannya. Pihak syarikat kesal dengan salah faham yang berlaku,” katanya dalam sidang media di sebuah hotel di sini, semalam.
Hadir sama, Pengasas NMH Legacy, Datuk Dr Norazlanshah Hazali dan Pengarah Urusan NMH Legacy, Datuk Mashita Masri.
Shahrulazwad juga berkata, tindakan Amy itu juga bukan strategi pemasaran produk mereka seperti didakwa segelintir pihak.
Sebaliknya, perkataan penipuan diletakkan Amy pada gambar itu dan dimuat naik pada Instagram miliknya menimbulkan pelbagai reaksi negatif orang ramai terhadap syarikat dan produk mereka.
“Ini bukan satu strategi daripada syarikat bagi melariskan produk. Kami ada cara tersendiri memasarkan produk seperti iklan di TV dan radio.
“Syarikat sudah memberi amaran kepada ejen terbabit dan juga kepada semua ejen produk. Malah, ejen ini juga dalam pemerhatian syarikat.
“Diharapkan penjelasan ini dapat menghentikan serta-merta semua persepsi dan prasangka buruk terhadap produk dan nama syarikat,” katanya.